Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez - Glam Malaysia
Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez

Fakta Kisah Cinta Jennifer Lopez & Alex Rodriguez

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Berita perpisahan Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez telah mendapat perhatian seluruh media, jadi mari lihat kembali fakta kisah percintaan mereka dari tarikh awal mereka berkenalan sehingga pertunangan romantis mereka.

Alex Rodriguez dan Jennifer Lopez telah mengumumkan perpisahan pada minggu lalu melalui satu kenyataan eksklusif yang dikeluarkan menerusi rancangan Today pada 15 April lalu, yang mengesahkan pasangan sejoli itu telah memutuskan tali pertunangan. Pasangan yang pernah dikenali sebagai J-Rod tidak lagi mempertahankan hubungan intim mereka kerana menyedari kini mereka berdua lebih sesuai berhubungan sebagai rakan baik dan mengharapkan hubungan rakan yang terjalin itu kekal lama. Kedua-duanya mengatakan bahawa mereka akan tetap saling menyokong dalam projek perniagaan bersama dan berharap yang terbaik untuk satu sama lain dan anak-anak.

Perpecahan itu berlaku kira-kira sebulan lalu setelah Page Six melaporkan bahawa mereka telah putus tunang, tetapi laporan itu dinafikan oleh pasangan tersebut. Kata pasangan J-Rod, mereka sedang menyelesaikan beberapa perkara. Namun usaha mempertahankan hubungan itu tidak cukup untuk menyelamatkan kisah cinta mereka. Usah ratapi kematian kisah romantik pasangan hangat Hollywood tersebut, mari kita lihat kembali bagaimana percintaan mereka bermula.

See also
Parti Balmain X H&M