Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa - Page 2 of 4

Dua Selebriti Jalani Tragis Hampir Serupa

Orang kata, selebriti juga jalani kehidupan serupa dengan kita sebagai insan biasa. Disebalik susuk wajah jelita atau tampan, mereka punya penyakit berbahaya, hidup dalam rahsia tersendiri dan memiliki hobi yang meragut nyawa secara tragis. 

 

Terdapat sorotan cerita berbeza yang GLAM mahu kongsi. Disebalik wajah jelita dua persona, mereka rupa-rupanya diserang dua penyakit berbeza namun memberi efek pada buah pinggang masing-masing.

 

Kemasyhuran tidak menjamin kehidupan sempurna kerana tekanan mampu membawa padah. Ada segelintir terlibat dengan pengaruh dadah yang membawa padah kehidupan. Pada mereka, tanpa kebebasan hidup hanya dadah mampu mententeramkan fikiran. Gaya hidup seks bebas turut mengundang penyakit membawa maut.

 

Bermacam lagi kisah yang pastinya setiap satu diharap dapat menjadi perkongsian bermakna sebagai pengajaran hidup. Kadang-kadang anda perlu bersyukur dengan kehidupan kerana orang lain mungkin mempunyai masalah lebih berat daripada dialami sendiri.

 

2 of 4

Freddie Mercury & Gia Carangi

 

 

Aids diketika itu masih tiada rawatan sewajarnya dan bagi mereka, HIV adalah hukuman maut. Freddie dan Gia popular di hujung 70an dan 80an dalam dunia hiburan dan modeling. Muzik Freddie ternyata epic dan luar biasa. Malah filem biopik Bohemian Rhapsody  memenangi Golden Globe kerana kisah hidupnya yang masih relevan sehingga masa kini.

 

Gia model paling diinginkan majalah dan klien besar seperti Dior, Yves Saint Laurent, Calvin Klein dan Armani. Gambar-gambarnya yang memanggil itu luar biasa walaupun dia kadang-kadang dipengaruhi dadah ketika menjalani sesi fotografi.

See also
GLAM 101: Christian Dior

 

Freddie dikatakan tahu mengenai tahap kesihatannya pada 1987 tetapi menyimpan rahsia sehingga 22 November 1991. Keesokan harinya dia meninggal dunia akibat bronchial pneumonia daripada AIDS. Akibat penyakit sama, Gia Carangi meninggal dunia pada 1996 di usia 26 tahun. Mereka berdua gay dan terlibat dengan dadah serta seks bebas. Kedua-dua individu ini penting di dunia mereka tersendiri.