Debbie Goh Pernah Kelilingi Dunia Selama Tiga Bulan

Debbie Goh Pernah Kelilingi Dunia Selama Tiga Bulan

Debbie Goh
 
Percutian terindah?
Lima tahun lalu saya dan teman-teman kembara mengelilingi dunia selama tiga bulan. Sebanyak 26 kota di berlainan negara kami tawan. Gara-gara percutian ini saya terpaksa berkorban dengan menolak tawaran berlakon at the very last minute! Ternyata ia berbaloi! Oh ya, satu lagi pengalaman manis yang sekaligus memberi kesedaran pada diri adalah apabila terbabit dengan dokumentari orang sungai. Selama 10 hari saya duduk di rumah kayu yang kecil, tanpa internet, air dan bekalan elektrik. Saya minum dan mandi di sungai yang berwarna persis teh tarik!
 
Ikon fesyen?
Charlize Theron. Dia tidak keterlaluan dalam berfesyen, tapi bijak memilih outfit yang tepat.
 
Pereka feyen tempatan pilihan?
Saya setia dengan rekaan dua pereka ini iaitu Khoon Hooi dan Melinda Looi. Mereka tidak pernah menghampakan saya.
 
Pereka antarabangsa?
Alexander Wang, rekaannya melambangkan diri saya.
 
Rutin senaman?
Saban hari saya akan pastikan saya berlari sejauh tiga kilometer. Sama ada berlari di luar atau di atas treadmill.
 
Saat paling dibanggakan?
Saat memenangi anugerah Golden Awards pada 2014 bagi kategori pelakon terbaik dan pelakon paling popular.
 
Aset terbaik?
My mindset. Saya sentiasa merancang yang mana harus menjadi keutamaan. Dan apa yang boleh beri faedah pada diri, serta mengawal diri daripada melakukan hal yang tidak sopan sekaligus menjaga maruah diri sendiri.
 
Fakta mengenai lelaki?
Hormat. Lelaki dambakan kaum wanita untuk menghormati mereka.
 
Tidak suka…
Saya paling benci ke tempat yang sesak dengan orang. Diri berasa bahagia apabila berada di rumah yang sunyi sepi.
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi November 2015
 
 

See also
Malaysian Heroes! Visi Vivy Yusof Perangi Covid-19