Datin Sabrena Dani Kongsi Rahsia Badan Hour-glass
Datin Sabrena Dani cukup dikenali dengan gaya hidupnya yang sihat. Saya sepertikan tidak sabar mahu menemuramah Sabrena. Mahu cungkil rahsia dia menjaga badan dengan baik sekali. Saat dirinya muncul, kecantikan asli miliknya memukau. Ternyata wajah polos tanpa mekapnya tampak segar sambil melemparkan senyuman yang bisa menusuk aura positif bagi sesiapa sahaja yang merenungnya. Apa yang saya amati, personalitinya amat menyenangkan dan butir-butir yang keluar dari bibirnya seolah-olah dia wanita yang cekal dan positif dalam meniti kehidupan seharian.
Siapa tidak cemburu melihat tubuhnya yang berbentuk hour-glass? Semua gara-gara kehidupan sehariannya yang tidak lekang daripada bersenam dan ini sekaligus menjadikan Sabrena sebagai ikon kepada peminat-peminatnya di Instagram. Video-video dan gambar-gambar yang dimuatnaik di Instagram menjadikan dia sumber inspirasi buat ramai wanita untuk menjaga kesihatan dengan bersenam. Sewaktu mengandungkan Adinda Adreana Dani, 2, Sabrena tidak mematikan rutin senamannya. Katanya jika ibu hamil selalu bersenam ia akan lebih memudahkan proses melahirkan bayi.
Saya bisa melihat seri yang terpancar dari riak wajahnya yang menceritakan dia amat bahagia dengan statusnya sebagai ibu buat julung kalinya. Menurut Sabrena menjadi ibu banyak mengajarnya erti sabar. “Alhamdulillah sewaktu kandungkan Adinda saya tidak mengidam yang pelik-pelik. Semuanya baik-baik sahaja. Perasaan teruja memiliki zuriat sendiri adalah kegembiraan yang tidak terkira pada saya dan suami. Saya memang sudah simpan nama Adinda sejak tujuh tahun yang lalu. Nama itu diambil sempena nama teman baik saya. Apabila bergelar ibu, baru saya tahu pengorbanan ibu membesarkan saya selama ini. Saya belajar untuk bersabar melayan kerenah anak. Ada waktu dia menangis tidak mahu berhenti, tidak mahu makan, tidak mahu tidur. Sehingga satu tahap saya tidak tahu mahu buat apa. Mula-mula itu tidak tahan juga. Tetapi bila difikir-fikirkan dia hanyalah bayi yang tidak mengerti apa-apa. Sebenarnya she won’t cry for nothing. Pasti bersebab. Ada masa perut kembung, kadang-kadang sembelit dan sebagainya,” kata Sabrena menceritakan pengalamannya menjadi ibu.
Memandangkan you sangat menjaga pemakanan, adakah pemakanan Adinda juga dikawal? “Sebenarnya saya tidaklah begitu ketat dalam bab makan, saya akan jaga betul-betul pemakanan apabila mahu kurangkan berat badan. Cumanya saya tidak makan melampau-lampau, cukup sekadar mengalas perut bukanlah sampai kenyang tersandar! Sebab itu kalau Hari Raya saya dan suami tidak suka pergi open house. Nanti kami asyik makan dan makan. Jadi, kami akan cuba elakkan daripada menghadiri open house. Cuma saya kalah dengan makanan di restoran Banana leaf! Ikutkan hati, hari-hari nak makan di sana. Ya benar, saya jaga pemakanan Adinda, makanannya tidak mengandungi gula, kalau aram pun sikit sahaja cukup sebagai memberi rasa. Saya tidak mahu didik Adinda dengan makanan coklat and all those sweet candies,” sambungnya lagi.
Saya bertanya apa yang dia dapat dari Datuk Wira Dani sewaktu Hari Ibu. Dia menguntumkan senyuman penuh makna. “I get spoiled by my husband. Saya menerima sejambak bunga besar, dan dibawa candle light dinner juga diberikan hadiah. Hadiah apa? Biarlah rahsia…haha!”Bagaimana you terus kekalkan kemesraan bersama suami walaupun sudah ada anak? “Adinda is a morning baby dan dia akan tidur awal. Biasanya jam tujuh malam dia sudah tidur. Jadi saya akan dating dengan suami untuk menonton wayang atau keluar makan waktu malam. Sekali sekala saya akan keluar bersama teman-teman,” ujar Sabrena yang memiliki dua pembantu rumah. Seorang uruskan rumah dan satu lagi uruskan Adinda. Wanita ini juga akui biarpun Adinda baru berusia dua tahun, anaknya mewarisi perwatakan cekal sebagaimana dirinya dan Dani. Rutin hariannya kini lebih tertumpu kepada Adinda. Dia akan menghantar Adinda ke sekolah yang menerapkan kaedah pembelajaran dari Jepun.
Saat yang dinanti-nantikan saya yakni mencungkil satu persatu rahsia kecantikannya. Sabrena akan pastikan setiap hari dia mengambil supplements seperti vitamin C, vitamin B, dan minyak Zaitun. Untuk produk muka jenama Celmonze cocok sekali dengan kulit wajahnya. Dia juga akan buat rawatan facial tiga minggu sekali dan setiap hari mengenakan krim tabir suria pada wajah bagi mengelakkan pancaran UV sang suria. Sabrena bercerita mengenai senaman hariannya. “Dalam seminggu pasti empat ke lima kali saya buat workout yang berselang-seli antara kardio, yoga, pilates dan angkat berat. Di gym saya paling suka aktiviti kick boxing dan aerobics. Setiap tahun saya akan letakkan matlamat apa yang mahu saya fokuskan dalam senaman. Tentunya BodyTone ibarat rumah kedua saya! Pencapaian paling membanggakan apabila saya berlari sejauh tiga kilometer tiga kali seminggu dan hasilnya selepas enam bulan saya hilang 10kg!”
Mengangkat Beyonce dan Rihanna sebagai ikon fesyennya dan helaian di geroboknya juga dipengaruhi melalui muzik, tempat yang dilawati, dan tentunya majalah fesyen. Sabrena menyifatkan stail fesyennya bersifat elegan dan minimalis. Walau dalam berpakaian sukan dia akan pastikan identiti feminin tidak hilang, seperti menyarungkan aksesori. Bicara soal kembara bersamanya, memang tidak pernah cukup masa. Di Instagram pengikut boleh menyaksikan kehidupannya yang penuh dengan percutiaan di pulau-pulau eksotik di seluruh pelosok dunia. Melihat bikini body empunya diri yang begitu sempurna mampu membuat siapapun iri padanya. Tetapi ujar Sabrena, 35, dia berusaha keras untuk capai bentuk badan idamannya.
“Going to a nice gym and doing a sport that you like will definitely encourage you to attain your fitness goal. Sesekali saya tinggalkan candle light dinner dan berdating dengan suami dengan mengayuh basikal bersama-sama di sekitar ibu kota. Dan jika di musim sejuk, kami akan melakukan aktiviti ski. Bersenam juga merupakan waktu kualiti saya dan suami,” jelasnya.