Brad Pitt Reunite Dengan Jennifer Aniston Di SAG - Glam Malaysia

Brad Pitt Reunite Dengan Jennifer Aniston Di SAG

Semua sedia maklum, pelakon Brad Pitt suatu ketika dahulu pernah mengahwini pelakon Jennifer Aniston pada tahun 2000, namun bercerai pada 2005. Namun tiada apa yang lebih menggembirakan peminat kedua-dua bintang kelas A di Hollywood ini apabila mereka reunite di Anugerah Screen Actors Guild Awards 2020 ke-26 semalam, selepas 15 tahun tidak berjumpa.

Tambah manis apabila kedua-duanya memenangi anugerah yang dicalonkan – Brad memenangi Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk filem Once Upon A Time In Hollywood, manakala Jennifer pula unggul dalam pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Drama TV terbaik untuk The Morning Show.

Foto kredit: New York Post

Yang menariknya, ketika Jenn naik ke atas pentas untuk mengambil trofi, Brad Pitt berhenti seketika untuk menonton bekas isterinya memberikan ucapan. Ucapan Brad ketika di atas pentas juga mendapat sorakan Jenn. Ini ucapan beliau, ā€œLetā€™s be honest, it was a difficult part: The guy who gets high, takes his shirt off, and doesnā€™t get along with his wife.ā€

Ketika tamat majlis anugerah, jurugambar turut sempat merakam keakraban mereka berdua, berpelukan sambil saling mengucapkan tahniah di atas kemenangan masing-masing. Tidak dinafikan, ramai peminat mengharapkan mereka bersatu kembali namun Jen menegaskan, ‘they have move on..’

Jom kita imbas garis masa perhubungan Brad dan Jen yang perlu anda tahu:

See also
Pewaris Takhta Diraja Paling Muda Di Dunia

1. Brad dan Jen mula berpacaran secara rahsia selepas diatur oleh agen masing-masing sekitar 1998.

Foto: Getty Images

2. Mereka membuat penampilan istimewa bersama-sama pada tahun 1999 ketika Anugerah Emmy.

3. Pada tahun 2000, mereka membuat keputusan untuk berkahwin dalam majlis berkonsepkan lavish Malibu.

4. Pada September 2010, mereka membuat penampilan sulung sebagai pasangan yang sudah berkahwin di karpet merah anugerah Emmy.

Foto: Getty Images

5. Pada 2001, Brad Pitt menjadi bintang jemputan dalam siri Friends dalam episodĀ “The One with the Rumor”.

6. Namun pada May 2004, Brad Pitt bergandingan bersama seorang lagi pelakon jelita, Angelina Jolie dalam filem Mr and Mrs Smith. Dari situ, mereka berdua menjalin hubungan secara senyap-senyap.

7. Pada Januari 2005, Brad dan Jen mengesahkan mereka sudah berpisah.

8. Penceraian Brad dan Jen disahkah pada Oktober 2005.

9. Pada September 2014, Brad mengahwini Angelina.

Foto: Getty Images

10. Dua tahun kemudian, Angelina menfailkan penceraian pada bulan September.

See also
Sembang Fesyen: Zakwan Anuar