BloomThis Bakal Mekar Menakluk Dunia - Glam Malaysia

BloomThis Bakal Mekar Menakluk Dunia

bloomthis-living-room-decor

 

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi BloomThis Penny Choo memulakan perniagaannya tanpa sebarang ekspetasi yang nyata dan sanggup meninggalkan kerjayanya di sebuah syarikat besar untuk menjayakan usahanya. Penny Choo bukan sekadar penggubah bunga.

 

Kenapa anda memulakan BloomThis?

 

Salah satu perkara dalam bucket list saya adalah untuk memulakan perniagaan sendiri yang berkisarkan seni dan kraftangan, dan juga akan meninggalkan impak yang positif kepada kehidupan seseorang. BloomThis diasaskan oleh dua orang individu iaitu saya dan suami saya. Kami bermula dengan membantu keluarga kami di dalam bisnes floral di mana kami nampak yang industri floral semakin jatuh kerana terdapat banyak masalah dan terlalu sedikit inovasi. Jadi, datang lah idea untuk kami menghasilkn satu konsep baru untuk bisnes ini dan dapat merapatkan jurang. Bersama pasukan kami hari ini, kami berharap melalui BloomThis semua orang dapat merasakan sebahagian cerita cinta kami dan merasakan keriangan, harapan dan impian.

 

Penny Choo dan suaminya pengasas bersama BloomThis.

Penny Choo dan suaminya pengasas bersama BloomThis.

 Apa maksud BloomThis?

 

See also
Best Denim Looks

‘Bloom merujuk kepada bunga yang mekar; ‘this’ pula merujuk kepada “detik”. Kami mahu menggunakan kemekaran bunga untuk menyebarkan kebahagiaan dan keriangan pada detik yang tertentu. Lalu kami menamakan syarikat kami BloomThis. BloomThis juga boleh dijadikan kata nama yang menarik.

 

Apakah jenis produk dan perkhidmatan yang BloomThis tawarkan?

 

Kami merupakan syarikat E-commerce yang menghantarkan gubahan bunga buatan tangan yang berkualiti tinggi mengikut kehendak pelanggan dan juga melalui subskripsi. Semasa syarikat ini dimulakan, kami berharap untuk menjadi peneraju gubahan bunga yang unik dan alternatif di Malaysia. Sebagai alternative untuk menghantar dan menerima bunga, kami menggunakan kotak pesanan kami. Kami melihat diri kami melakukan perubahan dalam industri floral ini dengan menggunakan teknologi untuk menjalankan perniagaan kami. Kami mahu bunga menjadi lebih mudah didapati dan dapat memberi inspirasi.

 

Apa langkah seterusnya untuk BloomThis?

 

Matlamat kami sememangnya untuk menawan dunia (melalui bunga). Kami melancarkan BloomThis dengan matlamat untuk menghasilkan impak yang positif kepada dunia dengan menggunakan teknologi. Servis kami sekarang terdapat di Lembah Kelang dan juga Penang. Kami juga baru-baru ini berkembang ke Singapura. Kami berasa teruja untuk pindah masuk pejabat baru kami bulan depan.

See also
Kembara Fesyen Marion Caunter

 

Semenjak BloomThis sudah merasakan kejayaan, apa halangan yang perlu anda tempuhi baru-baru ini?

 

Antara cabaran terbesar buat kami adalah memastikan keutamaan kami. Kami berada di dalam pasaran di mana terdapat banyak kegunaan untuk bunga-bunga dan kami mahu membesar supaya kami boleh memberi impak yang besar kepada seseorang. Kami perhatikan yang syarikat yang berjaya di luar sana menumpukan perhatian mereka kepada satu perkara sahaja dan berjaya dalam hal itu. Keadaan sudah semakin sukar buat kami sebagai usahawan muda tetapi atas sokongan daripadan rakan dan pasukan sangat membantu. Kami juga menjalankan mesyuarat pasukan selama dua jam setiap hari untuk membincangkan keutamaan kami. Ianya membantu kami untuk berada di jalan yang betul.

 

Apakah bunga kegemaran anda?

 

Saya tidak boleh pilih satu sahaja! Tapi saya tahu saya kena jawab sebab ramai sudah bertanya. Seperti ramai wanita di luar sana, bunga kegemaran saya semestinya peony. Selain dari sebab ianya berirama dengan nama saya, bunga peony juga merupakan bunga pertama yang diberikan oleh kekasih saya semasa pertemuan pertama kami. Saya juga suka anemone, ranunculus dan tulip – dan sebab itu semua bunga ini ada semasa perkahwinan saya!

See also
GLAM Expose: In Fashion & In Debt: Dibebani Hutang Kerana Status & Jenama

 

Peony kegemaran Penny Choo.

Peony kegemaran Penny Choo.

Apakah nasihat yang boleh anda berikan kepada usahawan-usahawan baru?

 

Memulakan sesebuah syarikat bukanlah perkara yang paling susah, tetapi untuk menjalankannya adalah yang paling susah. Semuanya bergantung kepada ketabahan, ketahanan dan juga kerja keras. Kejayaan tidak terjadi semalaman tetapi kita harus terus berusaha dan kelilingi diri kita dengan orang-orang yang percaya dengan misi dan visi kita. Merekalah yang akan membantu anda untuk terus berusaha dan tidak mengalah.

 

Untuk maklumat lebih lanjut and boleh melayari laman utama mereka di http://bloomthis.co/