Elak wabak Corona, Di Mana Keluarga Presiden Trump?

Berdepan Wabak Corona, Di Mana Keluarga Presiden Trump?

Presiden Donald Trump kekal menetap  di Washington D.C. bersama-sama First Lady, Melania Trump dan anak remaja lelaki, Barron Trump. Memandangkan hampir semua negara di seluruh dunia melaksanakan sekatan ke atas perjalanan dan menangguhkan kerja yang tidak penting dalam usaha untuk memperlambat penyebaran wabak Coronavirus, keluarga Presiden Trump tetap berada di Washington, D.C. untuk bersama-sama rakyat Amerika.

Presiden Donald Trump, First Lady, Melania Trump bersama-sama Barron Trump.

Presiden Trump yang baru-baru ini mendapat kritikan pedas atas dasar pentadbirannya mengenai wabak ini tetap menjalankan tugas seperti biasa. Setakat ini Trump telah menghadiri taklimat  sidang akhbar di White House untuk mengemas kini negara mengenai langkah yang diambil oleh kerajaan Persekutuan untuk memerangi jangkitan dan memberi kelegaan kepada rakyat.

Keluarga Besar Donald Trump.

White House juga turut mengesahkan bahawa First Lady, Melania Trump akan tampil dengan kempen kesedaran awam tentang virus Covid-19. Melania menerusi ucapan di laman sosial Instagramnya, “Walaupun perubahan perlu dibuat sekarang, ini bukanlah bagaimana kita akan hidup selama-lamanya. Anak-anak kita akan kembali ke sekolah, rakyat akan kembali bekerja, kita akan berkumpul di tempat ibadat, konsert dan acara sukan semula tidak lama lagi.”

See also
Retorik - Tudung Bukan Sekadar Fesyen

https://www.instagram.com/p/B969Dw2Aiew/

Dalam kemelut wabak ini, Melania turut sempat menyampaikan ucapan selamat hari jadi kepada anak lelakinya, Barron yang berusia 14 tahun. Namun Presiden Trump tidak memberikan reaksi secara terbuka kepada Barron, sebaliknya hanya berkongsi maklumat bersama anaknya mengenai wabak Corona. “He says, ‘How bad is this?’ It’s bad, it’s bad,” the president, 73, continued. “But we’re going to be hopefully a best case, not a worst case, and that’s what we’re working for.”- Donald Trump. 

Ivanka Trump, anak sulung presiden, dan suaminya, Jared Kusnher, juga dikhabarkan berada di ibu kota. Ivanka, 38, kembali bekerja di White House pada hari Jumaat selepas ujian negatif untuk coronavirus. Dia sebelum ini pernah berhubung dengan seorang pegawai Australia sebelum dia menguji positif. Suaminya, seorang penasihat kepada presiden, berada di D.C di mana dia dilaporkan terlibat dalam tindak balas pentadbiran  berkaitan virus Corona. Kusnher telah menghadiri beberapa mesyuarat dan sidang akhbar yang berkaitan dengan pandemik di White House.

See also
Christian Siriano Memberikan Jawapan Diplomatik Mengenai Melania Trump

https://www.instagram.com/p/B91WUauBz1O/