Use your ← → (arrow) keys to browse
Umum diketahui oleh peminat-peminat horologi, logo ikonik kuda laut yang terdapat pada rangkaian Seamaster Omega diinspirasikan daripada lambang-lambang yang terdapat pada badan gondola di Venice, City of Water. Untuk meraikan signifikasi kota terkenal itu dan juga koleksi jam tangan mereka ini, Omega telah menjemput tetamu-tetamu kehormat mereka termasuklah Eddie Redmayne, selaku duta Seamaster Aqua Terra 150m dengan gerakan Master Chronomaster yang memberikan rintangan terhadap tarikan magnetik.
Bertempat di Palazzo Pisani Moretta, tetamu-tetamu VIP hadir untuk bersama-sama mengamati keindahan jam tangan daripada koleksi Omega Seamaster dan juga pemandangan indah nan menawan kota Venice pada malam itu.
Saksikan foto-foto eksklusif tetamu VIP yang telah bertandang ke acara tertutup itu.