Terkenal dengan rekaan penuh kreativiti, berkualiti dan berinovasi, jenama mewah Itali Salvatore Ferragamo mempertontonkan pameran The Art of Shoemaking. Menerbangkan pembikin kasut bertauliah dari Florence, acara demonstrasi pembuatan sepatu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 150 tetamu. Sambil menjamu selera, para tetamu menyaksikan lebih dekat lagi bagaimana kasut digarap hebat hasil pembuatan tangan
yang teliti.