Restoran Jepun, Nobu menjadi hos kepada sambutan ulang tahun ke-33, sosialit dan fashionista ternama, Tengku Chanela Jamidah. Bertemakan ‘Miami Vice’, malam sambutan hari jadi berkenaan nyata chic apabila Tengku Chanela Jamidah dan rakan-rakannya tiba dengan berpakaian serba hitam, menambah kepada suasana elegan seni reka dalama restoran terkemuka itu.
Istimewa di majlis itu, Nobu telah menyediakan pelbagai menu khas buat birthday girl serta tetamu khasnya. Mereka turut berpeluang menikmati hidangan beberapa menu istimewa dari Nobu. Antara tetamu yang turut hadir ke majlis itu ialah Marion Caunter, Danielle Graham, Datin Dian Lee, Tunku Siska, Arafah Edruce (Arabyrd), Tunku Nadia dan ramai lagi.