Melangkah Masuk Ke Butik Baru Bulgari - Glam Malaysia

Melangkah Masuk Ke Butik Baru Bulgari

Oleh: Nur Sofea
 
Bulgari meraikan pembukaan semula butik jenama itu di Suria KLCC pada 16 Ogos, Selasa. Seramai 200 tetamu hadir ke acara evening cocktail bersama Pengarah Urusan dari Cawangan South East of Asia & India jenama itu, Jenny Cheah. Majlis evening cocktail itu diadakan di butik baru Bulgari yang telah diubahsuai dan dipindahkan ke lokasi baru.
 
Menampilkan konsep  reka bentuk dari Peter Marino, ruangan yang memiliki 143 kaki persegi ini mempunyai pintu masuk marmar Bois Jourdan dan perabot-perabot yang dipilih dengan teliti oleh arkitek terkenal itu. Setiap perabot mengambil inspirasi dari warisan maison jenama itu.
 
Setiap rekaan barangan kemas dari jenama itu akan diperagakan kaunter marmar diilhamkan oleh Carlo Scarpa dan sales tables dari Franco Albini. Majlis turut dihadiri sosialit seperti Dato’ Simon Foong dan Datin Mina Foong, YTM Tunku Harunnarasheed Putra & Che Puan Amelia Henderson, turut hadir barisan selebriti tempatan seperti Debbie Goh, Nazim Othman dan Frederick Lee. Majlis petang itu dihangatkan lagi dengan lagu yang dimainkan oleh DJ selebriti, Joey Ghazlan.
 
[soliloquy id=”51892″]

See also
3 Fesyen ‘NEWS’ Terkini Mesti Tahu