Fesyen Affair Max Mara di Pavilion Diraikan Golongan Elit Kuala Lumpur

Fashion Affair: Pembukaan Megah Flagship Store Max Mara di Pavilion

Foto All Is Amazing

Bertemakan taman bandar, golongan elit sosialit berhimpun atas nama fesyen dengan pembukaan besar flagship store jenama fesyen ternama lagi ikonik Max Mara di Pavilion Kuala Lumpur pada 15 Mac yang lalu. Untuk memeriahkan lagi acara pembukaan eksklusif ini beberapa nama besa daripada kalangan elit ini telah dipilih untuk mengenakan ceraian terkini Max Mara persis peragawati atas pentas peragaan. YM Dato’ Indera Puteri Suraiya Afzan Binti Mohamed Moiz, YM Tunku Datin Myra Madihah, YM Raja Jesrina Arshad, Angela Karto, Diani Lee, Datin Joanna Low dan Nur Nadia Nasimuddin antara wanita-wanita yang berpeluang untuk mengenakan koleksi terbaru Max Mara pada malam itu. GLAM berkongsikan foto-foto eksklusif daripada malam penuh makna itu.

 

Jangan lupa untuk melawat flagship store Max Mara di Lot 2.56.00 dan 2.57.00 Level 2, Pavilion KL.

19 of 36

Pembukaan Max Mara Flagship Store