Braun Büffel Anjurkan Acara Kebajikan & Hargai Projek Seni
Jenama kulit premium Jerman, Braun Büffel akhiri 2017 dengan penghargaan hasil seni dan menganjurkan kutipan sumbangan untuk kebajikan kanak-kanak menerusi Unicef Malaysia.
Acara seumpamanya juga seiring dengan keraian ulang tahun Braun Büffel ke 130 tahun. Sumbangan sebanyak RM130,000 diberikan kepada Unicef Malaysia manakala Buffel Art Project pula mendapat perhatian ramai.
[envira-gallery id=”75063″]
Pelancaran Buffel Art Project berlangsung pada Ogos lalu mendapat perhatian selebriti, kelompok artis dan pelajar berbakat dari pusat pengajian tempatan. Seramai 30 pelajar menyertai Buffel Art Competition dengan menghiasi patung skala buffalo Braun Büffel bertemakan ‘education’.
Selain itu, Braun Büffel 130th Anniversary Charity Golf Drive yang berlangsung pada Oktober lalu telah berjaya mengumpul dana sejumlah RM130,00.