Sudah menjadi satu tarikan buat ahli kerabat diraja England, sosialit dan juga selebriti untuk turun menyaksikan perlawanan tenis berprestij Wimbledon setiap musim panas dan memberi sokongan kepada atlet-atlet ternama dan tahun ini Serena Williams menerima perhatian sepenuhnya daripada penonton kerana ini merupakan Wimbledon pertamanya hanya selepas 10 bulan melahirkan cahaya mata sulungnya September tahun lalu. Nama-nama seperti Putera Harry dan Kate Middleton, Meghan Markle, Emma Watson, dan juga Anna Wintour antara personaliti yang ditangkap melalui lensa kamera.