5 Momen Tercantik Anna Jobling Tahun 2022 - Glam Malaysia
Anna Jobling Tahun 2022

5 Momen Tercantik Anna Jobling Tahun 2022

Can we all agree that Anna Jobling is the hottest celebrity this year? GLAM buktikan dia adalah yang tercantik tahun ini.

Sememangnya nama wanita ini menjadi tumpuan ramai sepanjang tahun ini kerana drama Melur Untuk Firdaus yang berjaya meraih populariti bukan sekadar di dalam negara, malah tular hingga ke Indonesia, Brunei, Thailand juga Filipina. Ini membuatkan wanita ini disenaraikan sebagai 10 personaliti paling banyak carian di Google Malaysia. GLAM tertarik untuk berkongsikan momen solekan tercantik Anna Jobling tahun 2022 kerana berdasarkan pemerhatian GLAM, Anna ternyata turut berjaya mendominasi dunia kecantikan selain fesyen dan hiburan. Ayuh GLAM kongsikan 5 momen solekan terbaik Anna bersama anda semua.

Senarai Momen Tercantik Anna Jobling Tahun 2022. Jom lihat sekarang!

1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

#1 Barbiecore Beauty

Anna sememangnya cantik dalam apa jua busana dan rona. GLAM memilih look ini sebagai antara momen tercantik Anna adalah kerana pilihan solekan bibirnya rona shocking pink menjadikan highlight penting kepada kesuluruhan look ini. Dipadu pula dengan dandanan rambut bun rendah berserta tocang lipan. Gaya ini cukup fun dan fearless! 

 

See also
Lebih Segar, Ini 5 Inspirasi Gaya Rambut Selebriti Lokal Pilihan GLAM

Anna Jobling Tahun 2022