"Ramai yang tidak mengenali saya menganggap saya sombong!" - Angela Karto

“Ramai yang tidak mengenali saya menganggap saya sombong!” – Angela Karto

Angela Karto
 
Personaliti diri?
Ramai yang tidak mengenali saya akan menganggap saya sombong! I can’t choose the fact that I’m born with. Tetapi percayalah saya orangnya lucu, peramah dan easy going.
 
Momen cinta paling manis…
Sebelum kami ada tukang masak, saya akan masak setiap hari untuk suami. Dan selepas selesai makan Erwin akan hadiahkan kucupan pada saya sambil berkata “Terima kasih sayang masakkan untuk I!” Daripada tidak tahu memasak langsung saya belajar memasak untuk dia.
 
Masakan anda yang sering diberi pujian?
Ketam masak lemak cili api.
 
Ikon fesyen?
Dita Von Teese. Dia tahu bergaya tanpa perlu mendedahkan bahagian kulit dengan keterlaluan seperti sesetengah selebriti Hollywood yang lain.
 
Pereka tempatan pilihan?
Jovian Mandagie! Dia adalah orang yang bertanggungjawab untuk mereka baju saya setiap kali diri ini mahu menghadiri majlis perkahwinan. Dan perasaan bersalah senantiasa menyelubungi diri apabila orang bertanya, “are you the one who is getting married?” Well, I’m Indonesian! Di sana ia adalah satu penghormatan kepada pengantin jika kita berdandan cantik ke majlis mereka.
 
Tabiat pelik anda?
Saya tidak boleh berkongsi pinggan dengan sesiapa pun. Walaupun orang itu adalah suami atau anak-anak saya.
 
GLAM adalah…
Ia harus dititik beratkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Jika pakaian sudah tip top tetapi wajah menunjukkan anda tidak selesa dengan outfit yang dipakai, it’s an epic fail for me!
 
Konsep & Penata Gaya: Cheah Wei Chun
Gambar: Bustamam Mokhtar/White Studio
Solekan: KF Bong menggunakan Estee Lauder
Dandanan: Olivia Ooi
Teks & Penyelaras: Azza Farhana
Pembantu Penyelaras: Amira Azman, Yusairi Fitri, Yana Baharudin, Aizat Aidid
 
 

See also
Bella Hadid Dan The Weeknd 'Putus' Lagi, Sumber Mengatakan Ini Puncanya...