Rahsia Penataan Gaya Nur Fazura

Rahsia Penataan Gaya Nur Fazura

Oleh: Mujahid Saddam
 

capture-20160318-181029Fazura di hadapan butik CH Carolina Herrera di Suria KLCC. Gambar: @missfazura

 

GLAM meluangkan masa bersama aktres, Nur Fazura di butik CH Carolina Herrera, Suria KLCC dalam suasana cukup santai. Ikuti bicara soal gaya serta kerjaya bersamanya dalam temu bual eksklusif ini.

 

Perkara yang menjadi keutamaan dikala membeli-belah?

Praktikaliti senantiasa menjadi keutamaan. Ceraian yang boleh diulang pakai serta punya versatiliti untuk digayakan tidak kira pada waktu siang atau malam. Ianya juga haruslah sesuai dengan umur saya dan boleh digayakan ke majlis-majlis yang harus saya hadiri.

 

Peraturan anda dikala bergaya?

Don’t overdressed and always dressed age appropriately. Dua perkara ini sering menjadi kesalahan utama wanita.

 

Item pilihan dari CH Carolina Herrera?

Sudah tentu Baret Bag! Ianya cukup sempurna dan sesuai digayakan ke mana sahaja. Dari brunch bersama teman hingga ke makan malam bersama yang tercinta, beg ini cukup menggoda dan senang digayakan bersama dress atau sekadar dalam seluar denim. Saya juga jatuh cinta dengan dress cetakan flora dalam koleksi musim bunga 2016. You can stop the traffic wearing it! 

 

See also
Jennifer Lopez, Best Dressed Untuk Bulan November

baret-bag_03111Baret Bag dari CH Carolina Herrera mengambil inspirasi dari kembara Jeanne Baré mengelilingi dunia

 

Perkembangan terbaru?

Selain sibuk dengan perniagaan, saya juga sedang menjalani penggambaran dua filem pada waktu yang sama. Filem pertama mengambil lokasi di Jakarta manakala filem kedua adalah kerjasama antara produksi Malaysia dan Hong Kong serta diterbitkan oleh Andy Lau. Ianya turut dibintangi Aaron Aziz, Izara Aishah dan Zul Ariffin.

 

Reaksi anda terhadap populariti lagu “Hancur Aku”?

Syukur alhamdulillah! Saya tahu ianya akan menjadi popular kerana pengaruh Estranged namun tidak sangka muzik video lagu tersebut akan mencecah sehingga dua juta penonton di YouTube. Ianya menjadi siulan ramai dan setiap kali bertemu peminat, mereka akan menyuarakan rasa cinta terhadap lagu itu.

 

Perancangan seterusnya dalam karier muzik?

Saya tidak pernah menyangka untuk pergi sejauh ini. Ianya hanya lahir dari hobi malahan saya berpendapat nada lagu “Sayangi Dirimu” juga adalah terlalu tinggi buat saya dan merupakan sebuah kesilapan. Namun saya belajar dari situ dan kini lebih mengenali vokal serta irama yang bersesuaian iaitu balada. Insya Allah, tahun ini saya akan melancarkan album.

See also
Demonstratif Gaya Baru: Ritma Eklektik

 

Fazura flanked by models dressed in CH Carolina Herrera SS2016Fazura bersama peragawati dalam persalinan CH Carolina Herrera musim bunga 2016