AMY KWAN - Glam Malaysia

AMY KWAN

Bentuk tubuh tinggi lampai menjadi aset yang menjadikan atlet gimnastik berirama yang baru dinobatkan sebagai Olimpian Majlis Malaysia 2018 negara, Amy Kwan mampu menghasilkan antara gambar-gambar yang menarik untuk penggambaran editorial ini. Wajah oriental yang menebal menjadi gaya kegilaan pentas peragaan hari menambahkan lagi seri atlet muda ini. Membuka bicara, katanya ketika berusia empat tahun dia mula mengikuti kakaknya ke pusat latihan gimnastik dan riben yang digunakan telah memikat hatinya. Dan daripada situ dia mula menjinakkan diri dalam sukan ini. Biarpun bermula sewaktu masih kecil lagi, Amy sememangnya tidak dapat menghindarkan diri daripada menghadapi tekanan khususnya saat bakal muncul untuk acara sukan peringkat dunia. Memilih untuk memperbanyakkan bermonolog bagi memastikan dia memiliki semangat juang yang tinggi adalah salah satu cara yang menjadi pilihan sebelum melangkah ke karpet pertandingan. Dia akan kekal membisikkan kata-kata positif pada dirinya dan dalam masa yang sama mendengar muzik kegemaran untuk memastikan tahap gemuruhnya terkawal. Menyentuh mengenai cabaran menjadi atlet wanita bagi sukan gimnastik berirama, oleh kerana negara kita memiliki rakyat berbilang kaum, isu mengenai pakaian sering dibangkitkan pada setiap acara dan pertandingan yang disertainya. Pakaian untuk acara yang disertainya ini sering mendapat kritikan namun dia cuba untuk kekal positif dan melaksanakan tanggungjawabnya.

JAKET BROKED PRADA DIPADANKAN BERSAMA ANTING-ANTING GUCCI LANTAS DISERIKAN BERSAMA KASUT TUMIT TINGGI JUGA DARIPADA PRADA. GAYA SUKAN TERSERLAH DENGAN PADANAN SELUAR TIGHT UNDER ARMOUR BERSAMA SWEATER NIKE AIR FORCE 1