4 Fakta Menarik Majlis Resepsi Rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth

4 Fakta Menarik Majlis Resepsi Rahsia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth

10 tahun bersama, mereka diduga dengan pelbagai rintangan. Namun kasih dan cinta pada satu sama lain telah membantu Miley Cyrus dan Liam Hemsworth untuk mengharungi segalanya.

 

23 Disember 2018 dunia hiburan dikejutkan dengan gambar yang tersebar di media sosial menampilkan Cyrus dalam gaun putih dan Hemsworth pula tuksedo yang membuatkan orang ramai mula berspekulasi akan perkahwinan rahsia yang mungkin baru sahaja berlaku.

 

Spekulasi tersebut akhirnya disahkan oleh Cyrus dan Hemsworth sendiri melalui pos mereka di Instagram. Majlis intim tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja. Tanpa kehadiran media di dalam majlis serba sederhana itu membuatkan peminat terharu dengan keputusan pasangan ini. It made us tear up too:’)

 

GLAM himpunkan empat fakta menarik yang kami kenal pasti daripada majlis resepsi rahsia tersebut.

1 of 4

Stail Minimal & Segar

Selain kejutan majlis resepsi rahsia ini, Cyrus juga telah menarik perhatian ramai dengan gaun perkahwinannya yang merupakan rekaan pereka Vivienne Westwood dan bernilai RM35,634. Manakala Hemsworth pula kelihatan segak dalam tuksedo hitam yang dipadankan dengan sepasang Vans Classics berona putih.

See also
Gigi Hadid Kini Hamil Anak Zayn Malik