Bintang besar dunia rock & roll Jimi Hendrix menjadi inspirasi ramai pada zamannya dengan bakat dan gaya hidupnya. Namun pada hari-hari terakhir hidupnya, dia dibelengu dengan pelbagai masalah sehingga dia menelan sembilan biji pil tidur dan tercekik muntahnya sendiri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Dia berusia 27 tahun, 295 hari.