10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia - Page 3 of 10

10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga ke sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

3 of 10

Malala Yousafzai

Malala Yousafzai menerima anugerah Nobel Peace Price pada tahun 2014 selepas berjaya mengharungi serangan pengganas, yang kini berusia 21 tahun dan belajar di Oxford. Jika dia mempunyai masa terluang, dia muncul di dalam rancangan David Letterman di Netflix. “My Next Guest Needs No Introduction,” mengejutkan ramai pabila dia menerangkan yang dia memaafkan pengganas tersebut dan kini sedang menulis buku ketiganya, berjudul ‘We Are Displaced: My Journey and Stories from Refugee Girls Around The World’ yang telah diterbitkan pada Januari lalu. “Saya memaafkan mereka kerana ia adalah balas dendam yang terbaik saya pilih,” terangnya kepada Letterman.