10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia - Page 2 of 10

10 Wanita Moden Memperkasakan Kewibawaan Wanita Di Dunia

Hari Wanita Antarabangsa pada bulan Mac akan datang ini sudah mula membuatkan wanita serata dunia berkobar-kobar memastikan suara mereka didengari. Tanpa mengambil kira status, wanita-wanita ini enggan berdiam diri lagi.

 

GLAM senaraikan 10 wanita era moden yang tampil membantu menjadi suara buat golongan wanita yang tidak diberi peluang untuk berbuat demikian. Dari Duchess of Sussex hingga ke sports superstar Serena Williams, mereka ini membuka jalan untuk membantu mengubah status kehidupan wanita serata dunia.

2 of 10

Marie Kondo

Sensasi terbaru Netflix, “Tidying Up with Marie Kondo” kini menjadi kehangatan di laman internet, menggalakkan orang ramai untuk mengembalikan kuasa mengendalikan kehidupan mereka serta memulakan semula dengan satu momen yang segar, bersih dan rapi. Segalanya berterima kasih kepada Kondo dan kaedah-kaedah membuang barangan yang tidak digunakan yang diperkenalkannya.