10 Soalan Bersama Low Ngai Yuen

10 Soalan Bersama Low Ngai Yuen

Low Ngai Yuen
 
Menyandang posisi sebagai Presiden Persatuan Kakiseni, dia juga Pengasas Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis yang lebih dikenali sebagai WOMEN:girls. Low Ngai Yuen tidak pernah penat membaktikan diri dalam menegakkan keadilan buat wanita.
 
1. Aksesori terbaik seorang wanita?
Senyuman! Bila seseorang tu optimistik, segala-galanya bakal berjalan dengan lebih lancar.
 
2. Aksesori kegemaran dan mengapa?
Jam tangan Corum saya. Satu-satunya peringatan yang saya ada untuk menghargai ruangan masa dan waktu. It’s not how much time one has, it’s what one does with time.
 
3. Pemberian terbaru?
Gelang Tiffany & Co. pemberian suami bersempena ulang tahun ke-10. 10th Anniversary alongside a yes to me doing all the crazy stuff that I do! Yes, I am awfully blessed!
 
4. Bahan bacaan?
How Google Works, nukilan Eric Shcmidt, bekas CEO bersama Jonanthan Rosenberg, bekas SVP Google.
 
5. Insan yang dikagumi?
Wanita yang berani mengejar impian mereka sendiri.
 
6. Motivasi diri..
Kegagalan itu menguntungkan pengalaman hidup, terus bangkit dan terus berjuang.
 
7. Nasihat terbaik yang pernah diberikan?
Every problem is an opportunity!
 
8. Tiga pembelian dari penyata terakhir kad kredit anda?
Kad kredit saya hanya untuk pembelian tiket kapal terbang mahupun pembelian dalam talian.
 
9. Item dari gerobok yang sering dipakai?
Jeans Armani yang sudah berusia 10 tahun, to run after the kids in!
 
10. Anugerah terhebat?
Kehadiran empat cahaya mata semestinya adalah kurniaan dan pemberian terhebat buat saya.
 
 

See also
Waris Selebriti Yang Tidak Menumpang Populariti Ibu & Bapa Mereka