Tired of the so-so communication during MCO? GLAM Ada Tips.

Tired Of The ‘So-So’ Communication During MCO? GLAM Ada Tip

Hampir seminggu anda dan pasangan serta anak-anak duduk di rumah akibat kuarantin dek kerana Coronavirus, akui sahaja rasanya seperti nak pecah kepala tak tahu apa lagi nak buat. Rutin sama setiap hari sejak lockdown dari memasak, kemas rumah, tidur, bersenam, menonton televisyen, layan Netflix hinggalah scrolling laman Instagram serta Facebook.

Arkib GLAM Malaysia Isu Februari 2016

Namun, bila direnungkan kembali, semua ini ada hikmah. Niat kerajaan Malaysia bertepatan, yakni membendung penularan wabak yang terang-terang membawa maut. Kalau dulu, keluarga sendiri jarang dapat duduk makan semeja, hari ini anda boleh menikmati sarapan, makan tengah hari, makan malam bersama-sama seisi keluarga. Anda ada banyak kelapangan untuk memperbaiki diri. Lebih-lebih lagi apabila waktu sukar ini, ada kala memungkinkan tercetusnya rasa tidak selesa pada pasangan. Kalau tidak banyak, sedikit pasti ada. Itulah lumrah berumahtangga. Bak album album lagu yang dikeluarkan pada  2008 oleh A.Ramlie dan Maria Bachok, Jauh Dikenang Dekat Disayang.

Kajian mengenai hubungan menunjukkan bahawa pasangan yang bahagia dan sihat menunjukkan nisbah 5: 1 positif kepada tingkah laku negatif dalam hubungan mereka. Ini bermakna terdapat lima kali lebih banyak interaksi positif antara pasangan bahagia (iaitu mendengar, memberi respon, menggunakan kata-kata lembut, menyatakan penghargaan, pengakuan, kasih sayang fizikal, pujian, dan sebagainya.) Kerana terdapat negatif (iaitu meninggikan suara, sering mengeluh dan mengadu, atau senang melenting pada perkara remeh). Kunci rasa bahagia adalah komunikasi. Cakap mungkin kedengaran agak mudah tetapi ia perlu ada teknik yang betul. GLAM berkongsi tip untuk meningkatkan kualiti komunikasi dalam hubungan anda:

See also
Song Joong Ki Umum Perkahwinan Dengan Aktres Itali

1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Ikhlas meluangkan masa dan perhatian semasa bercakap. Pasangan purata membelanjakan hanya 20 minit seminggu bercakap antara satu sama lain. Ketepikan teknologi dan jadikannya satu titik untuk menghabiskan 20-30 minit sehari berbual dengan pasangan anda.