Jiwa murni kerabat diraja Negeri Sembilan ini YM Tengku Elana Khyra dalam kebajikan telah diasah sejak kecil oleh kedua ibu bapanya. Anak sulung kepada usahawan ternama tanah air, YM Tunku Datuk Yaacob Khyra sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti CSR ( Corporate Social Responsibility ) sejak kecil lagi walaupun hidup dilimpahi kemewahan. Beliau pemegang lulusan Sarjana Muda jurusan Arts Psychology dari Duke University, USA berjiwa keusahawanan seperti ayahnya dengan membuka sebuah pra-sekolah swasta diberi nama The Hilltop Kindergarden di Bukit Damansara. Beliau acap kali mengembara mengelilingi dunia mahupun sendiri atau bersama keluarga apabila meniti laman instagramnya @elanakhyra yang gemarkan ski di Austria, Switzerland, dan Perancis. Ibu tirinya, Datin Ezurin Tunku Yaacob dijadikan ikon fesyennya dek kerana padanan helaian mewah, sepatu mahupun tas tangan selalunya memberi something magical. Geroboknya dipenuhi dengan sepatu tumit tinggi Christian Louboutin, prada, Jimmy Choo dan Giuseppe Zanotti.