GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

STEPHANIE CHAI

Stephanie Chai telah pun memiliki kejayaan luar biasa dengan portal idea sendiri. Rahsia kejayaannya adalah dengan percaya kepada usaha tanpa henti dan memastikan impian dapat dikecapi. Ternyata kata nalurinya benar sekali! Diberkati dengn kecantikan yang semula jadi, Stephanie Chai atau lebih dikenali dengan panggilan Steph bermula karyanya sebagai model seawal usia 18 tahun. Berdarah kacukan Cina dan Itali, wanita kelahiran New Zealand ini adalah pemegang Ijazah Kewangan dan Perniagaan Antarabangsa dari University of Auckland. Sekembalinya Stephanie di Malaysia, jelitawan ini membuat peralihan langkah di mana dunia glamor menjadi titik tuju kariernya sebagai model, pengacara dan pelakon.