Rubini Sambanthan memegang status Miss Global International 2014, cukup membanggakan dirinya kerana pertandingan ini antara empat pertandingan ratu cantik terbesar dunia. Siapa sangka wanita berasal dari Kajang ini dan bukanlah daripada keluarga yang senang mampu menghirup udara kemasyuran hari ini. Wajahnya kini umpama goreng pisang panas di industri fesyen tempatan. Memberi kepada yang lebih memerlukan menjadi salah satu kata kunci hidupnya. Fesyen menjadi topik kegemaran Rubini. Bagi dirinya, fesyen adalah faktor utama bagaimana kita menunjukkan diri di mata dunia. Namun dia bukanlah gilakan pada jenama mewah seperti kebanyakan wanita. Dia lebih suka bereksperimentasi dengan stail dan mencipta look yang bisa memberi impak wow kepada orang.