GLAM menyenaraikan wanita-wanita berjaya dalam bidang masing masing dan menghiasi halaman 50 Most GLAM A-List.

ROZIE MASTOR

Rozie Mastor adalah graduan University of Northumbia United Kingdom dalam bidang Pentadbiran Perasran dan memiliki kelayan dalam bidang pelancongan dan hospitality. Dengan setiap ilmu yang ditimba dan bertemankan kemahiran bertahun meneraju bidang perhubungan awam dan komunikasi pemasaran, wanita kelahiran Sabah ini akhirnya berjaya melancarkan pelan perniagaannya sendiri yang dipanggilnya Cultural Urban Ethnicity (C.U.E) Luxury Lifestyle. Dengan berpegang teguh akan resipi kejayaan untuk sentiasa berfikiran positif dan juga tidak cepat mengalah, tiada apa yang mustahil bagi wanita ini.