KAVITHA SIDHU - Glam Malaysia

KAVITHA SIDHU

Tiga kali disunting sebagai gadis muka depan GLAM, Kavita sentiasa teruja untuk bekerja dalam sinergi segar dan muda bagi
menghasilkan yang terbaik. “Pengalaman melakukan penggambaran untuk muka depan GLAM bersama suami, Roberto Guiati adalah momen glam terindah. Apatah lagi saya dan suami berpeluang mengabadikan karakter filem 9 and Half Weeks. Segala momen magis yang dicipta terpotret indah.” Aktres, model dan pereka fesyen untuk label fesyen miliknya, KVITA, dia mengatakan glamor suatu ketika dahulu bersifat understated, timeless dan autentik. Jelas Kavita, “Sekarang orang dilihat terlalu berusaha untuk kelihatan original dan menonjol tetapi keterlaluan. Saya sentiasa akan menjadi diri sendiri dan memperlihatkan kelebihan yang ada tanpa terlalu memikirkan perhatian media.”