JENN LOW - Glam Malaysia

JENN LOW

Jenn Low, 35, Pengasas dan Pengarah Urusan syarikat Wanderlust + Co, tidak dapat disangkal lagi kejayaannya apabila produk aksesorinya menembusi pasaran antarabangsa. Jenn sangat teruja apabila pada 2018 perniagaannya secara offline dan online berkembang sebanyak tujuh kali ganda. Jenn mengakui kehadiran anak sulungnya menjadi penyeri hidup mereka sekeluarga. Dia percaya cara didikan ibu bapa pada era millenial adalah untuk memberi sokongan ke atas apa jua kecenderungan anak tanpa memaksa mereka untuk berbuat perkara yang mereka tidak minat. Apa yang penting anak perlu diberitahu apa kekuatan dan kelemahan mereka sebagai garisan panduan untuk berjaya dalam hidup.