DATUK SYAFINAZ SELAMAT - Glam Malaysia

DATUK SYAFINAZ SELAMAT

Datuk Syafinaz Selamat, seorang penyanyi, pensyarah, jurulatih vokal, konduktor koir, dan seorang personaliti secara menyeluruh yang sangat versatil. Selama lebih kurang 30 tahun bergiat di dalam bidang industri, sememangnya Datuk Syafinaz tidak ketinggalan akan arus persada fesyen. Dia percaya akan glamor adalah kecantikan yang dipancarkan menerusi keyakinan. Datuk Syafinaz mengatakan bahawa gaya dan keanggunan itu ada di dalam segala tingkah laku seseorang wanita,
walaupun hanya dengan memakai t-shirt dan jean. Menjadikan Elie Saab sebagai salah seorang pereka fesyen yang diminati,
Datuk Syafinaz juga meminati fesyen dari zaman 20-an. Dengan pelbagai estetik gaun flapper yang berkilau, kot bulu, aksesori bulu untuk diikat di kepala, kalung mutiara, dan banyak lagi helaian atau kepingan penting, menjadikan fesyen itu seperti syurga untuk berkarya.