Pemenang Anugerah Duta Belia Pertama Malaysia iaitu Dato Maznah Zolkifli menegaskan bahawa tiada kejayaan tanpa usaha. Gadis yang bergelar ‘feminin tapi lasak’ ini mempunyai Pengajian Peringkat Diploma daripada Ontario Secondary School serta ijazah di Universiti Victoria Wellington di New Zealand. Sebelum ke dunia glamor beliau bermula dalam bidang pemasaran terlebih dahulu. Setelah dinobatkan sebagai Duta Belia Negara, dalam tempoh itu Dato Maznah telah mempelajari banyak erti kehidupan.