Pengasas merangkap pemilik label Caramel Fashion Scarves, Datin Azila Caramella membiaskan personaliti yang anggun lagi introvert. Wanita kelahiran Taiping, Perak ini cukup merendah diri dalam menjaga lisannya. Nama sebenar yang diberi adalah Nor Azila Habali, berasal dan dibesarkan di Taiping. Caramella pula diambil daripada nama keluarga suami yang berdarah campuran Inggeris-Itali. Datin Azila Caramella dilahirkan pada 6 November tahun 1981 dan mendapat pendidikan penuh di sekolah kebangsaan di Taiping. Kemudian, dia menyambung pengajian di UiTM Shah Alam dalam jurusan Seni Rekaan Fesyen. Sebelum mencitrakan perniagaan ini, dia aktif menolong perencanaan perniagaan suami. Ini sekali gus, membuka minatnya untuk menekuni dunia perniagaan kerana pernah berpeluang mendalami kursus couture di Paris selama setahun. Demikian, lahirnya cintanya Caramel Fashion Scarves yang mendukung nama keluarganya.