Majlis Khatam Quran Tengku Natasya Adnan

Tengku Natasya Adnan Meraih Keberkatan Ilahi Dengan Majlis Khatam Al-Quran

Perkahwinan antara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan Tengku Natasya Adnan mengukir sejarah dalam keluarga Diraja. 

Pada 6 Oktober 2024, kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bersama anakandanya Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah di Taman Duta. Di kesultanan Pahang (Instagram) telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan semalam.

Majlis Pengajian dan Siraman Penuh Kesyukuran & Keberkatan Tengku Natasya Puteri

Tengku Natasya

Tengku Natasya

Kredit: Moza Wahyu via Instagram

Raut wajah yang cukup berseri-seri, Tengku Natasya memukau hadirin dengan penampilannya cukup anggun dan manis dalam busana berona dusty pink, dilengkapi dengan selendang yang serasi diletakkan di atas kepala, memperlihatkan tema warna yang harmonis dan menawan buatnya.

Tengku Natasya

Kredit: Moza Wahyu via Instagram

Suasana di acara Khatam Al-Quran yang bermakna ini dipenuhi dengan keberkatan dan kegembiraan. Turut berangkat bersama Tengku Natasya Adnan adalah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidztullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Illyana, serta YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Dato’ Haji Mohammed Moiz. Kehadiran mereka menambah kemeriahan majlis, mencerminkan ikatan yang erat dalam keluarga diraja, sambil bersama-sama meraikan pencapaian yang penuh berkat.

See also
Magis Jauhari Cartier Magicien di Tokyo

Seterusnya, majlis siraman diadakan sebagai persiapan untuk Istiadat Perkahwinan Diraja pasangan ini. Melalui video di Instagram Kesultanan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan hadir ke majlis tersebut, yang juga berlangsung di Taman Duta.

Tengku Natasya

Tengku Muhammad kelihatan anggun mengenakan baju melayu putih dengan kalungan bunga melati, disiram dengan air siraman yang merupakan adat keturunan Jawa, yang menjadi latar belakang keluarga Tengku Natasya. Sementara itu, Tengku Natasya tampil menawan dalam persalinan Jawa, dengan rambut yang didandan rapi dan mengenakan kebaya lace hijau serta kain batik, menambahkan lagi keindahan suasana majlis.

Akhir kata, didengari istiadat perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad dengan YM Tengku Natasya Puteri akan berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober 2024. Istiadat perkahwinan Diraja ini bakal berlangsung di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

@a.h_ediitszz

Replying to @azharazreen ni video min edit gabung ..Salah silap auto subtitles harap dmaafkan 🫶🏻🥲 Istiadat Perkahwinan Putera Diraja YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober, 25 Oktober dan 27 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang. #KESULTANANPAHANG #tengkumuhammad #tengkuarifbendahara #tabtna #tabtasya #pahangroyalfamily #royalpahang #royalpahangfamily

♬ original sound – ✨A.H✨ – ✨A.H✨