Ini 7 Servis Kad Kahwin Digital Terbaik di Kuala Lumpur!
kad kahwin digital

Ini 7 Servis Kad Kahwin Digital Terbaik di Kuala Lumpur!

Kad kahwin digital lebih mudah dan menjadi trend terkini pada zaman moden ini jika dibandingkan dengan kad kahwin yang bercetak. 

Jemputan kahwin seringkali kita dapati melalui seperti aplikasi WhatsApp dan Facebook dek zaman kini yang lebih menjurus kearah moden dan digital. Hal ini kerana kad kahwin digital lebih mudah disebarkan, serta lebih menjimatkan kos. Hari ini, GLAM akan berkongsi tentang 7 servis kad kahwin digital terbaik di Kuala Lumpur. 

#1 Nikahsatu

Mudah dan Jimat, merupakan moto utama Nikahsatu. Nikahsatu bukan sahaja memberi servis di Kuala Lumpur, malah di seluruh Malaysia juga. Selain daripada kad digital, Nikahsatu juga memberi servis pengantin yang lain seperti perancang perkahwinan, servis mencari lokasi perkahwinan dan servis mencetak kad kahwin. Rekaan Nikahsatu lebih fokus kepada elemen flora memandangkan elemen itu yang paling terkenal di kalangan pengantin di Malaysia. Nikahsatu juga telah mereka kad kahwin untuk selebriti Malaysia seperti Emma Maembong. 

kad kahwin digital

#2 KahwinNow

Mempunyai lebih daripada 300 rekaan kad kahwin digital, KahwinNow juga menyediakan servis seluruh Malaysia. KahwinNow fokus kepada servis kad kahwin digital sahaja dan proses untuk membuat tempahan sangatlah mudah, di laman sesawang mereka sahaja. Antara rekaan mereka yang kelihatan unik ialah rekaan khat mereka. Yang menariknya, mereka mempunyai pakej-pakej yang berbeza yang boleh dipilih mengikut harga. So simple and easy! 

#3 Nurfa Grafik

Nurfa Grafik menyediakan pilihan eksklusif daripada pakej A sehingga C juga tidak kurang hebatnya. Nurfa Grafik memberi servis kad kahwin digital dengan rekaan-rekaan yang terkini dengan pilihan yang sangat banyak. Setiap pakej dari Nurfa mempunyai harga dan item yang berlainan. Ia boleh direka mengikut cita rasa masing-masing! 

kad kahwin digital

#4 Jemputan Me

Jemputan Me mempunyai sangat banyak rekaan daripada kad kahwin sehingga kad raya. Mereka mempunyai lebih daripada 300 rekaan dan rekaan mereka boleh dipilih daripada 12 kategori, mengikut cita rasa masing-masing. Jemputan Me juga menyediakan tiga pakej yang berbeza daripada  segi harga dan kandungannya. Kebanyakan rekaan yang ditempah di Jemputan Me bukan sahaja melalui rekaan yang sudah tersedia, malah mereka boleh mengubahsuai mengikut citarasa pelanggan. 

#5 The Kahwin

The Kahwin menjamin pelanggan mereka bahawa kad kahwin digital mereka mampu siap dalam masa hanya lima minit. Rekaan mereka yang dimeriahkan dengan rona-rona pastel membuatkan ia antara rekaan kad kahwin digital menarik di mata tetamu yang menerimanya. Mereka juga mengetengahkan ciri-ciri yang menarik seperti butang RSVP, kandungan yang boleh diubahsuai serta doa dan ucapan di dalam kad kahwin digital yang ditempah. 

kad kahwin digital

#6 My Pelamin

My Pelamin bukan sahaja membuat servis kad kahwin, mereka juga mempunyai servis-servis lain seperti kad raya, Ramadan dan untuk kad ucapan kelahiran bayi juga. Rekaan-rekaan daripada My Pelamin juga sangat unik. Yang menariknya lagi, anda boleh previu menggunakan nama anda sendiri untuk setiap rekaan sebelum memilih yang paling anda gemari. My Pelamin mempunyai banyak pilihan design daripada pelbagai jenis kategori. 

kad kahwin digital

#7 JDinvite 

Dengan hanya 4 langkah, tempahan yang dibuat di JDinvite sudah siap! Rekaan daripada JDinvite lebih tertumpu kepada corak flora yang minimal. Rona-rona yang digunakan juga lebih kepada rona yang sepadan dengan konsep perkahwinan. JDinvite yang terletak di Bangi ini bukan sahaja menyediakan perkhidmatannya dalam negara Malaysia sahaja, malah mereka juga melakukan servis meluas ke luar negara seperti Brunei, Thailand, Indonesia, United Kingdom dan Iraq. Sangat menarik!