Rolex 24 At Daytona: Perlumbaan Ikonik Satukan Masa, Ketahanan
Rolex 24 At Daytona

24 Jam Tanpa Henti, Satu Legasi Yang Tidak Pernah Perlahan

Sejak hampir satu abad lalu, Rolex 24 At Daytona berdiri sebagai simbol tertinggi ketahanan dalam dunia motor sukan. Ia bukan sekadar perlumbaan 24 jam, tetapi satu ujian menyeluruh terhadap manusia, mesin dan masa. Dalam setiap edisi, perlumbaan ini mempertemukan keberanian, strategi dan ketepatan, nilai yang telah lama menjadi DNA Rolex.

Hubungan antara Rolex dan dunia perlumbaan bukan dibina dalam sekelip mata. Ia berkembang secara organik, bermula jauh sebelum wujudnya litar masa kini, ketika kelajuan diukur di atas pasir putih Florida dan rekod dunia menjadi buruan utama.

Dari pantai Daytona hingga ke litar ikonik hari ini, Rolex 24 At Daytona terus berkembang sebagai pentas di mana sejarah lama dan pencapaian baharu bertemu.

Asal usul Rolex dan dunia kelajuan

Rolex 24 At Daytona

Sir Malcom Campbell memandu Bluebird di Daytona Beach pada tahun 1935

Pada awal abad ke-20, Daytona Beach dikenali sebagai pusat kelajuan dunia. Antara 1904 hingga 1935, sebanyak 14 rekod kelajuan global dicatatkan di pantai ini. Di sinilah semangat perintis bertemu dengan keberanian luar biasa, maka terwujudlah Rolex 24 At Daytona.

Testimoni Rolex pertama dengan sukan permotoran oleh Sir Malcolm Campbell

Antara tokoh penting era ini ialah Sir Malcolm Campbell, digelar “King of Speed”. Pada tahun 1933, beliau mencipta rekod kelajuan dunia dengan Rolex Oyster di pergelangan tangan yang mana adalah jam tangan kalis air pertama di dunia. Pengalaman ini membuktikan ketahanan jam tersebut dalam keadaan ekstrem, sekaligus mengukuhkan reputasi Rolex sebagai instrumen masa yang boleh dipercayai.

See also
GLAM Deko Santai bersama Dato' Aliff Syukri & Datin Shahida Mohd Rashid

Detik inilah yang menjadi asas kepada hubungan jangka panjang antara Rolex dan dunia motor sukan.

Dari pasir ke litar: Evolusi Daytona

Tahun 1959 menandakan perubahan besar apabila Daytona International Speedway® dibuka. Perlumbaan beralih daripada pasir ke litar berturap, membawa dimensi baharu kepada dunia motor sukan endurance.

Keratan akhbar memaparkan pelancaran Rolex Oyster

Beberapa tahun kemudian, Rolex memperkenalkan Oyster Perpetual Cosmograph Daytona iaitu jam tangan yang direka khusus untuk pelumba profesional. Dengan fungsi kronograf berketepatan tinggi, rekaan ini menjadi simbol hubungan erat antara Rolex dan dunia perlumbaan.

Apa itu Rolex 24 At Daytona?

Rolex 24 At Daytona

Pada tahun 1992, Rolex secara rasmi menjadi Penaja Utama Rolex 24 At Daytona. Perlumbaan ini menguji lebih daripada kelajuan; ia menilai ketahanan fizikal, fokus mental dan kecekapan strategi pasukan sepanjang 24 jam tanpa henti.

Rolex 24 At Daytona

Jam Oyster Perpetual Cosmograph Daytona berukir khas diserahkan kepada juara perlumbaan 24H of Daytona 2026

Bagi pemenang, ganjarannya bukan sekadar trofi. Mereka menerima jam Daytona khas yang diukir, simbol kemenangan mutlak dalam dunia perlumbaan endurance dan antara pencapaian paling dihormati dalam motor sukan.

See also
Tips Memilih Meja Sisi

Legenda yang membentuk sejarah Rolex 24 At Daytona

Sepanjang dekad, acara perlumbaan ini menarik nama-nama besar. Paul Newman menjadi ikon budaya dan perlumbaan, manakala Hurley Haywood mencipta rekod lima kemenangan keseluruhan, satu pencapaian yang kemudian disamai Scott Pruett.

Nama-nama seperti Jenson Button dan Jamie Chadwick meneruskan kesinambungan ini, membuktikan bahawa perlumbaan ini kekal relevan dan dihormati merentas generasi.

Komitmen Rolex dalam dunia endurance racing

Selain Daytona, Rolex turut memainkan peranan penting dalam FIA World Endurance Championship, IMSA dan 24 Hours of Le Mans. Namun, Rolex 24 At Daytona kekal sebagai nadi kepada hubungan ini, sebuah perlumbaan yang merangkum sejarah, inovasi dan ketahanan.

Mengapa Rolex 24 At Daytona terus relevan?

Rolex 24 At Daytona bukan sekadar perlumbaan 24 jam. Ia adalah perayaan masa yang diuji, legasi yang dibina dan pencapaian manusia yang diraikan. Dalam setiap detik, Rolex terus menjadi saksi kepada perjalanan panjang mereka yang berani mengejar keabadian.

Artikel berkaitan: Rolex Oyster Perpetual Land-Dweller 2025: Kemewahan Abadi

See also
8 Sebab Memilih Perabot Modular

Farhana Fuad merupakan Pengurus Kanan Kandungan di GLAM Malaysia. Menggabungkan kepakaran dalam penulisan editorial dan strategi SEO, Farhana menerajui kandungan semasa dan gaya hidup.