Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai - Glam Malaysia

Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai

Dikenali sebelum ini sebagai Utara Coffee House, selepas 22 tahun beroperasi pengubahsuaian rekaan hiasan dalam serta penjenamaan semula akhirnya menyerlahkan restoran Utara yang beroperasi di Hotel Armada berlokasi di Petaling Jaya. Melihat kepada ruang makannya, kini dilihat lebih luas, santai, selesa dan bercirikan family-dining. 

Reka bentuk dalaman baru “Utara” menggunakan konkrit dan kayu sebagai bahan utama serta menggabungkan warna tembaga dan juga rose gold. Projek pengubahsuaian restoran ini  diketuai Elizabeth Yap dari firma reka bentuk dalaman StudioN3m telah menambah dua penambahan pada restoran iaitu dapur terbuka di belakang restoran dan cafe-bar di depan. Pengunjung diberi peluang untuk melihat sendiri bagaimana makanan mereka disiapkan.

Walaupun Restoran Utara baru diubah suai dengan lengkap, restoran itu masih mengekalkan hidangan tandatangannya kepada pengunjung setia mereka. Antara hidangan tempatan yang luar biasa di Utara seperti Nasi Lemak Utara, Roti Durian, Kari Kepala Ikan, Daging Masak Asam Pedas, Siput Sedut Masak Cili Padi dan Ketam Masak Berlada.

See also
Kediaman - Terjemahan Gaya Resort Moden

Utara turut memperkenalkan  menu barunya dengan menambah beberapa hidangan Vegan untuk memenuhi selera pengunjung Vegan. Di samping itu, menu Set Vegan yang istimewa juga disediakan untuk pesanan tetapi memerlukan tiga hari tempahan awal.

Restoran Utara di Hotel Armada Petaling Jaya boleh dihubungi di 603-7954 6888 untuk membuat tempahan atau e-mel kepada f&b@armada.com.my. Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga 12 tengah malam,

Teks: Fara Tarmizi / Olahan: Wan Mohd Firdaus