Interpretasi Kemewahan Versace Home - Glam Malaysia

Interpretasi Kemewahan Versace Home

Bersempena dengan pementasan Musim Luruh/sejuk 2021, Versace mempersembahkan koleksi Versace Home Textiles & Accessories yang akan menyuntik erti kemewahan pada himpunan perhiasan dalaman buat kediaman rumah.

Versace, nama yang cukup ikonik dalam dunia fesyen antarabangsa. Rumah fesyen Itali yang diasaskan oleh mendiang Gianni Versace pada 1978 ini juga terkenal dengan desain dan interpretasi mereka pada himpunan perhiasan dalaman dan aksesori buat kediaman rumah. Versace Home adalah simbol kemewahan dan kehalusan yang mengekalkan kesenian Itali dari pentas peragaan terus ke perhiasan kediaman.

Melalui koleksi Verace Home Textiles & Accessories, muse ikonik Versace kekal menjadi asas kepada koleksi musim baharu ini. Medusa yang penuh mistik terus menghiasi ruang kamar tidur dengan cetak Medusa Amplified yang menceduk inspirasi muzik pada cadar katil, gebar selesa dan jubah terrycloth ikonik yang lebih segar.

Dari pentas peraagan Musim Luruh/Sejuk 2021, Versace memperkenalkan cetak Versace La Greca yang menjadi rekaan signature baharu buat label fesyen ini. Cetak segar ini juga digunakan pada desain perhiasan dalaman dan aksesori kediaman rumah. Dari jubah mandi kepada selipar rumah, paten grafik Greek Key disuntikkan pada variasi himpunan pakaian rumah yang penuh keselesaan, juga pada pelitup muka tidur sutera dan dekorasi rumah paling elegan.

Kala berada di rumah hari ini, Versace turut memberikan penghormatan kepada rangkaian beg tangan La Medua yang mencuri perhatian melalui rekaan pelapik gelas berwarna-warni serta susun suai gambar yang realistik. Di luar rumah pula, estetika Versace Home turut diserlahkan kepada seleksi item luxury-to-go. Antaranya, cawan mudah alih dan setermos dengan tatahan kristal, dalam mengekalkan kod label dan cetak warisan Versace.

See also
Kylie Jenner Melancarkan Koleksi Mini Bratz Doll Terkini

Foto: Versace

Baca lebih lanjut: Kesegaran Kopi Musim Panas Cara Chiara Ferragni