Kisah Di Sebalik Gaun Pengantin Nina Sabrina Ismail Sabri

Kisah Di Sebalik Gaun Pengantin Nina Sabrina Ismail Sabri

Glam 70558
 
Biarpun sudah bertahun mendirikan istana bersama arjuna tercinta, namun gaun perkahwinan masih sempurna bak semalam mengikat cinta. Ikuti kisah Nina Sabrina Ismail Sabri, 28, Pengarah Urusan dan Pengasas Capello by Nina dan Peterana Kindergarten.
 
Nama suami
Jovian Rayke Mandagie.
 
Detik pertemuan bersama si dia
Segalanya bermula sekadar hubungan profesional antara klien dan pereka. Suatu hari kami bertembung jumpa di dalam pesawat tatkala menuju ke Jakarta. Kami berbicara sepanjang perjalanan dan menyedari bahawa kami mempunyai banyak persamaan dan sejak itu kami berkawan. I used to do freelance events and helped Jovian with quite a number of his events and we became close ever since.
 
Tempoh berkasih sebelum memutus untuk mengikat cinta
Setahun.
 
Kongsi butiran lamaran si dia
He asked me out for dinner. Tatkala menjemput di rumah, Jovian menutup mata saya dengan kain dan memberitahu bahawa dia ingin membawa saya ke lokasi rahsia. Setibanya disana, saya dikejutkan dengan alunan biola irama ‘Terukir di Bintang’ dendangan Yuna. Ruang bilik diterang cahaya ratusan lilin juga bunga mawar di setiap lapangan sudut. We had dinner of all my favorite dishes and at the end of it he suddenly got on one knee and asked me to marry him. Biarpun diri tidak menyangka segalanya akan berlaku sepantas ini, namun saya gembira mengungkap ‘ya’ padanya
 
Lokasi dan tarikh pernikahan
11hb Disember 2013 di Balairongseri Istana Negara Lama.
 
Konsep tema pernikahan
The Maze Garden.
 
Lokasi dan tarikh kedua acara resepsi
14hb dan 15hb Disember 2013 di Shangri-La Grand Ballroom, Kuala Lumpur.
 
Konsept tema kedua resepsi
14hb Disember 2014 bertemakan Tradisional manakala 15hb Disember 2014 pula disuntik tema Tradisional Jawa.
 
Rekaan Jovian Mandagie buat busana perkahwinan. Mengapa?
Hanya kerana saya sentiasa cintakan rekaannya. Malah, saya adalah salah seorang klien setianya walaupun sebelum kami berkahwin. So who could be a better choice other than my favorite designer who happens to be my husband?
 
Konsep idea juga ceritera disebalik busana rekaan Jovian Mandagie
Ia adalah kombinasi idea kreatif Jovian dan saya. Apabila Jovian mereka setiap helaian, saya dilayan sama seperti klien yang lain. Jovian mengambil masa untuk mendengar apa yang saya inginkan. Kemudian kami gabung idea itu bersama sehingga lahirlah rekaan yang sempurna. Setiap satu helaian menyuntik ciri yang berbeza daripada tradisional, elegan sehingga gaun ala fairytale. Setiapnya direka berdasarkan personaliti diri malah kesemua helaian yang direka Jovian mengambarkan peribadi bakal pengantin. Anda tahu perasaan tatkala memiliki busana yang sempurna buat hari persandingan? Nah, itulah yang akan anda rasa apakala menyarung rekaan Jovian Mandagie.
 
Ceritera di sebalik cincin perkahwinan
It is a rare classic cushion cut diamond ring dengan berlian solitaire halus bagi melengkapi ilusi rekaan suami.
 
Petikan anda tentang perkahwinan
Ada yang mengatakan usaha gigih, tetapi saya percaya ianya lebih kepada nilai kerjasama. Dua insan melafaz ikrar untuk berkongsi hayat bersama, menyokong dan berusaha untuk menggembirakan satu sama lain, mengusap tangisan, merawat luka sehingga akhir masa. Dicintai dan mencintai sepenuh hati tanpa sebarang syarat.
 
Tip memilih busana perkahwinan
Pilih sesuatu rekaan yang akan menyerlahkan bentuk tubuh badan anda dan karakter diri. Gaun pilihan seharusnya melekap sempurna pada tubuh, pilih rekaan yang bersesuaian tema acara dan pastikan rona busana bersesuaian dengan tona kulit.
 
Perkara menarik mengenai perkahwinan anda
Songket resepsi tradisional melayu kami adalah tenunan Brunei adalah pemberian istimewa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Brunei Darussalam. Kami mempunyai sembilan acara kesemuanya termasuklah majlis bersiram, khatam Al-Quran, berinai, upacara teh cina, nikah dan empat resepsi perkahwinan. Kedua-dua busana resepsi utama saya siap sepenuhnya dua jam sebelum acara kerana suami saya amat mementingkan kesempurnaan dan kami adalah pasangan pertama mengadakan akad nikah di Istana Negara sebelum diumumkan secara rasmi ianya dibuka untuk kegunaan orang ramai.
 
Detik terindah sepanjang perkahwinan
Tentunya detik diijabkabulkan! Ia adalah gabungan perasaan dalam satu masa. Gementar, gembira, teruja malah lapar. Bagaikan menaiki rollercoaster saya rasa berderau saat Jovian melafaz akad.  Kadangkala saya tidak percaya bahawa kami secara rasminya telah berkahwin. I was so happy and it felt so surreal but overall it was definitely a once in a lifetime feeling that I think everyone should experience. Acara resepsi juga antara detik terindah di mana semua orang penting yang terlibat untuk menjayakan terpaksa berkhemah selama empat hari di hotel Shangri-La. Saya merindui momen ini dan sangat-sangat bersyukur dengan perhatian dan kasih sayang mereka.
 
Penyelaras Dan Penata Gaya YUSAIRI FITRI
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Weddings Edisi 1
 
 

See also
Jam Tangan Escale Sofistikated Dengan Fungsi Time-Only