Ceritera Cinta Nora Khalid

Ceritera Cinta Nora Khalid

Nora Khalid
 
Biarpun sudah bertahun mendirikan istana bersama arjuna tercinta, namun gaun perkahwinan masih sempurna bak semalam mengikat cinta. Ikuti kisah Nora Khalid, Pengarah Kreatif WHISK.
 
Nama suami
Muhammad Yassar Hamzah.
 
Detik pertemuan bersama si dia
Melalui teman rapat, berkawan beberapa tahun sebelum cinta berputik. Tempoh berkasih sebelum memutus untuk mengikat cinta Lima tahun.
 
Butiran lamaran si dia
Perbincangan tentang perkahwinan itu ada tetapi tidak secara terperinci. Satu hari, saya mengikutnya ke Seoul atas lawatan kerja dan bertemu dengan teman akrab dari New York. Dia membawa saya ke sebuah kedai perhiasan antik di Shinsaegae Shopping Department dan saya jatuh hati dengan sebentuk cincin di situ. Namun, Yassar tidak bersedia untuk membeli, lalu kami meninggalkan Seoul dengan tangan kosong. Tetapi beberapa bulan kemudian, apakala Yassar bersedia untuk melamar, dia mengutus seseorang ke Seoul untuk mendapatkan cincin tersebut. Yassar melamar sewaktu kami bercuti raya di Langkawi bersama keluarga saya.
 
Lokasi dan tarikh pernikahan
Pada 24hb Jun 2011 di kediaman ibubapa.
 
Konsep tema pernikahan
Saya mahu kekal sejati pada akar umbi jadi saya mengenakan songket juga renda dan bridesmaids pula, mengenakan batik bagi menyuntik suasana tema elegan klasik. Dengan pilihan bunga yang membisik cita rasa diri, kami menyatukan segalanya bersama dengan sentuhan stail dunia glamor lama bersama gaya moden. Saya juga bekerja rapat dengan The Occasions Wedding Planners bagi menjayakan kedua-dua acara, akad nikah dan majlis resepsi.
 
Lokasi dan tarikh acara resepsi
25hb Jun 2011 di Hotel JW Marriot Kuala Lumpur.
 
Konsep tema kedua resepsi
Dekorasi seni vintage dengan suntikan klasik IndoChina dikemasi hiasan bunga-bungaan dan Peonies putih serata tempat! Segalanya putih, putih dan putih!
 
Rekaan Didit Hediprasetyo buat busana persandingan. Mengapa?
Siapa lagi jika bukan teman akrab yang saya kenali sejak tahun pertama di kolej yang mampu tampil dengan rekaan yang mengagumkan!
 
Konsep idea juga ceritera disebalik busana rekaan Didit Hediprasetyo
Saya mahukan Didit bebas berkreatif bagi menampilkan sesuatu yang anggun. After all this, he was a friend that I had spent many many days and nights with while we were studying together in NYC. Seusai pertunjukan pentas musim bunganya di Paris, kami meneliti sebahagian himpunan daripada rekaan yang baru diperaga di Couture Paris Fashion Week dan akhirnya, kami memilih rekaan final yang sama! The runway piece was actually with a sleeveless top and a duchess satin bottom in a marbling pink shade. Namun, diri sentiasa impikan gaun berona putih yang diperbuat daripada linen. Jadi kami mengubahsuai reka bentuknya sedikit. Hati terpaut sebaik menyarungnya buat pertama kali. Didit benar-benar berjaya mereka gaun impian saya! Benar kata orang, you just know when its the one when you put it on and it went on me and fit like a dream!
 
Ceritera di sebalik cincin perkahwinan
Cincin pertunangan rekaan Antique Art Deco tahun 1920-an dan cincin pernikahan pula bernafaskan Antique Georgian tahun 1800-an.
 
Petikan anda tentang perkahwinan
“Life long partnership work in progress, ia adalah satu pengembaraan juga perkongsian, bukan hanya destinasi akhir! Jadi berusahalah untuk menjayakannya, setiap hari.
 
Tip memilih busana perkahwinan
Cuba semua gaun bahkan helaian rekaan yang anda fikir anda tidak suka kerana anda akan mendapat visi yang lebih jelas tentang apa yang kelihatan anggun pada anda dan sebaliknya. Berbeza helaian lain, gaun ini penting kerana anda akan melihat foto perkahwinan sepanjang hayat. Justeru, elakkan gaun yang terlalu trendy dan dramatik. Jangan lupa bawa bersama insan yang anda percaya untuk meminta pendapat kedua dan tidak kira apa komen teman mengenai gaun anda, yang penting anda perlu berasa selesa dan anggun kala menyarungnya.
 
Perkara menarik mengenai perkahwinan anda
Saya mempunyai kata-kata seperti komitmen, kehormatan, juga kepercayaan dicetak, dirangka dan disusun sepanjang resepsi akad nikah sebagai tanda penghormatan kepada kedua ibubapa juga insan-insan yang dikasihi (bapa dan ibu saudara serta teman rapat) bagi mengajar saya erti perkahwinan sebenar.
 
Detik terindah sepanjang perkahwinan
Tentunya apabila teman rapat diterbangkan khas dari enam negara berbeza bagi menghadiri malam pernikahan saya! Ia adalah satu perasaan apabila teman tersayang hadir dari jauh meraikan hari bahagia saya.
 
Nasihat buat bride-to-be
Ingat, tidak ada perkahwinan yang sempurna. Adalah penting untuk mengenali individu yang bakal anda kahwini serta bagaimana mencari keseimbangan di antara satu sama lain. I would say respect, honor and commitment are three pretty words to remember on a daily basis.
 
Penyelaras Dan Penata Gaya YUSAIRI FITRI
Arahan Seni ASHURA HAKIM
Gambar ERIC CHOW/BLINK
 
 
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM Weddings Edisi 1
 
 

See also
Selena Gomez Sebagai Muka Baru Coach