Bak puteri yang turun dari syurga, Risteena selamat diijabkabulkan pada 12 Mac 2021. Gaun pengantin Risteena sangat memukau, apatah lagi bila ia warna putih berseri. Direka dengan penuh terperinci oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail dan diserasikan dengan manik-manik di lengan dan juga kain yang kembang dibahagian bawah bersama jemeki yang berkilau.