Pada 5 November 2021, Uqasha sah menjadi isteri kepada pelakon, Kamal Adli. Dia menggayakan busana yang direka oleh Fizi Woo yang sangat memukau! Gaun berwarna putih suci menonjolkan lagi kulit Uqasha yang putih dan gebu. Renda yang penuh dari atas hinggalah ke bawah sangat cantik bila dikenakan pada tubuhnya! Ditambah pula dengan mahkota hiasan pada rambutnya, dia tampil bak princess pada hari itu!