Use your ← → (arrow) keys to browse
Nina Sabrina dan Hafiz Osman memasuki alam baharu perkahwinan sebagai pasangan suami isteri. Ikatan cinta yang terjalin ini telah dimemorikan dalam koleksi foto yang istimewa.
Majlis penuh istimewa yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur dengan meriah telah disambut oleh ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan karib kedua belah pihak. Dengan sekali lafaz, Hafiz Osman sah bergelar suami, menandakan permulaan ikatan percintaan mereka.
Momen yang tidak dapat dilupakan buat pasangan romantis Nina Ismail Sabri bersama Hafiz Osman menjadi saat bermakna buat mereka yang hadir. Pasangan dua sejoli ini disatukan dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung dengan intim di samping ahli keluarga dan sahabat terdekat.
GLAM ingin berkongsi foto eksklusif pernikahan Nina Ismail Sabri dan Hafiz Osman oleh Qippy Photography yang merakamkan momen-momen indah untuk disimpan sebagai memori dan kenangan yang akan diingati sampai bila-bila.
Lihat koleksi foto istimewa daripada majlis pernikahan Nina Sabrina Ismail Sabri yang berlangsung baru-baru ini.