GLAM Wedding: "Bali Ibarat Rumah Kedua Kami..." – Che Puan Jeslina Hashim

GLAM Wedding: “Bali Ibarat Rumah Kedua Kami…” – Che Puan Jeslina Hashim

Baru – baru ini, penyanyi dan pelakon, Che Puan Jeslina telah memilih Bali sebagai destinasi perkahwinan idamannya bersama cinta hatinya, Tunku Eddy.

Bali ialah destinasi yang menakjubkan untuk majlis perkahwinan, menggabungkan landskap semula jadi dengan warisan budaya yang kaya. Daripada padi yang subur ke pantai yang bersih, pulau ini menawarkan latar belakang romantis untuk pasangan yang ingin meraikan cinta mereka. Sama ada anda mengidamkan majlis intim di tepi pantai atau perayaan besar di vila mewah, suasana Bali yang mempesona dan layanan mesra menjadikannya pilihan ideal untuk meraikan hari istimewa anda. Keindahan Bali semestinya menawarkan pengalaman perkahwinan yang tidak dapat dilupakan.

Biarpun sudah melangsungkan perkahwinan di Kuala Lumpur, Che Puan Jeslina memilih Bali untuk melengkapkan majlis perkahwinan impiannya bersama Tunku Eddy. Majlis perkahwinan yang berlangsung di Bali telah diadakan secara intim yang sesuai dengan suasana yang ditawarkan oleh keindahan Bali.

GLAM Wedding: “Bali Ibarat Rumah Kedua Kami…” – Che Puan Jeslina Hashim

Rona biru menjadi tema perkahwinan Che Puan Jeslina untuk melengkapkan warna seakan langit dan air. “Kami memilih Karang Saujana Villas di  Bali untuk destinasi perkahwinan kami kerana ia berdekatan dan juga keluarga Tungku Eddy mempunyai rumah di sana. Apa yang lebih istimewa, Bali ibarat rumah kedua bagi kami”. Semua tetamunya menerima kipas dan payung untuk membantu mereka kekal teduh dan sejuk

See also
Horologi Bernadi Glamor Ilham Girard-Perregaux

Busana pengantin pilihannya adalah daripada sentuhan pereka fesyen, Alia Bastamam. Tulle direka bentuk untuk ditanggalkan supaya lebih mudah untuk menari.

“Saya mahukan fabrik lembut yang mudah bergerak bersama angin dan kami juga menambah bunga buatan tangan itu di bahu saya”, kata Che Puan Jeslina.

Che Puan Jeslina menggunakan jurusolek selebriti tempatan untuk perkahwinan di Bali. Che Puan Jeslina gemar akan solekan smokey, namum masih kelihatan semula jadi. Oleh itu, rona coklat bronzie brown telah menjadi pilhannya.

 

Baca lebih lanjut: GLAM Weddings: Resepsi Bertemakan Mesir Purba Pilihan Che Puan Jeslina Hashim & Tunku Eddy