PELIKAN: The It Bag Untuk Si Kecil!
Hari ini bukan si ibu sahaja perlu up-to-date dengan tas tangan terkini, si kecil juga apa kurangnya, mana boleh kalah dengan si ibu! Beg sekolah koleksi Herlitz dari Pelikan Group ini cukup terkenal dengan menawarkan kualiti beg yang tahan lasak buat si kecil. Syarikat yang sudah mengelola beg sekolah kanak-kanak hampir 30 tahun ini pastinya paling tahu untuk memberi keselesaan maksimum kepada si kecil!
- Istimewanya beg ini juga mempunyai height-adjustable ergoActive dengan sistem ergonomik yang inovatif yakni ERGO ES²®.
- Plat bawah beg ternyata stabil dan boleh menghalang daripada beg basah. Untuk beg The herlitz Motion ia mempunyai tali pinggang yang boleh dilepaskan. Bagi The herlitz Midi kekuatannya terletak pada bentuk beg yang sporty dan padding belakang berbentuk ergonomik. Dan menariknya, tali di bahu boleh diselaraskan di bahagian atas dan bawah mengikut keselesaan si kecil.
- Model herlitz Motion dan herlitz Midi didatangi dengan fluorescent materials dengan lima rona terang seperti merah jambu, oren, kuning, biru dan hijau. Ia adalah penting kala ahari sudah bertukar senja dan beg digalas si kecil ternyata masih memancarkan warna yang sangat terang.
0 Comments