Use your ← → (arrow) keys to browse
Marah
Setiap orang mempunyai sikap yang berbeza. Tidak semua akan menunjukkan emosinya secara terang-terangan seperti menjerit atau memberontak. Sesetengah hanya berdiam dan bersahaja dalam kemarahan yang sedang membuak. Membuatkan ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa kanak-kanak mereka sedang dalam kemarahan yang membakar. Akan tetapi, sebagai ibu bapa mesti akan perasan jika anak-anak berubah secara drastik. Oleh itu, bertanya adalah kunci buat semua penyelesaian untuk sesorang itu meluahkan perasaan.