Ini adalah tempat tarikan yang menarik pada waktu malam dan terdapat banyak lampu yang berkelip dan berwarna warni! Terletak di seksyen 7 Shah Alam, bersempadan dengan Bandaraya Klang. Ia memudahkan lagi ramai dari seluruh negeri Selangor dan Kuala Lumpur untuk datang menikmati malam yang indah. Taman tema ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu City of Digital Lights, Snowalk, Water World dan Fun World.
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor.