Cool Dad: Redza Syah Azmeer

Cool Dad: Redza Syah Azmeer

Redza Syah Azmeer

Sesi fotografi khas GLAM Junior kali ini menampilkan Redza Syah Azmeer bersama anak lelakinya, Redza Syah Irfhan.
 
Pengalaman manis bergelar bapa?
Alhamdulillah… syukur kepada Allah SWT. Perasaan teruja apabila diberitahu isteri mengandung sebaik sahaja seminggu balik dari bulan madu.
 
Perasaan kala pertama kali menyambut kelahiran?
Terbayang kesusahan ibu melahirkan saya dahulu. Rasa bersyukur dan terharu pada pengorbanan isteri yang mengandungkan dan melahirkan Irfhan.
 
Bagaimana anda membentuk disiplin si kecil?
Kami sentiasa memberikan contoh yang terbaik untuknya kerana umur enam bulan hingga dua tahun, minda kanak-kanak seperti span yang mudah menyerap air, dia akan mengikut perbuatan kita tanpa tahu baik atau buruk.
 
Bila si kecil besar kelak…
Jadi manusia berguna yang bersyukur dan taat pada Allah SWT serta Rasulullah SAW.
 
Telatah si kecil yang paling menambat hati anda?
Gelak tawa, sikap pandai bergurau dan mengusik cukup mencuit hati. Ada kala terbayang-bayang telatahnya kala sedang kerja atau berjauhan.
 
Harapan pada anak?
Doa kami semoga dapat menjadi ibu dan ayah yang dapat memelihara serta mendidik Redza Syah Irfhan dengan sebaik-baiknya. Membesar sebagai khalifah dan hamba Allah yang beriman, bertakwa, anak yang soleh, abang yang baik pada adik-adik, kawan yang setia dan jujur, seorang pemimpin yang berjaya dunia dan akhirat… InsyaAllah. Selain itu, kami berdoa Irfhan dikurniakan kesihatan tubuh badan, aktif dan cergas dalam kehidupan, mempunyai aura yang positif. Mohon kepada Allah moga dijauhkan diri kami daripada mensia-siakan zuriat ini.
 
Apabila si kecil meragam…
Detik yang paling menduga keimanan dan kesabaran, kadang-kadang boleh handle…. kadang kala terpaksa surrender and pass it to mommy!
 
Kenangan lucu sewaktu isteri sarat hamil?
Kami berdua menikmati makanan sehingga berat badan saya naik dari 77kg ke 97kg dalam masa sembilan bulan… Irma suka masak juadah yang saya suka.
 
Nasihat terbaik pertama kali menjadi bapa?
Persediaan mental & fizikal untuk membela amanah Allah SWT dan limpahkan dengan kasih sayang… sentiasa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan menjaga dan mendidik anak.
 
Peranan anda sewaktu isteri berbadan dua?
Sebagai pembantu dan pendengar yang setia, kerana masa inilah seorang isteri perlukan seorang suami di sisi.
 
Orang tua mengajar saya menjadi…
Seorang yang beriman, bertanggungjawab, peranan kasih sayang antara satu sama lain, berdikari, melihat perspektif yang baik dan buruk kehidupan. Mereka adalah tempat yang paling selamat untuk kami bergantung.
 
*Dipetik dari GLAM Junior edisi Mei 2014.
 
 

See also
Cipta Perkahwinan yang Anda Idamkan Selama Ini!