3 Generasi - Sharifah Shahirah Bersama Ibu Serta Anak

3 Generasi – Sharifah Shahirah Bersama Ibu Serta Anak

Sharifah Shahirah
 
Sharifah Shahirah bersama anaknya Airra dan Auddra Zulkifli bersama nenda tercinta, Sharifah Zubaidah Al-Hendwan diabdikan dalam sesi fotografi ini. Ikuti kisah mereka sekeluarga.
 
Airra dan Auddra masing-masing bukan anak mahupun cucu pertama. Masih teruja seperti yang pertama?
SHAHIRAH: Masih seronok, kerana setiap kehamilan berbeza, dan tidak sabar melihat rupa masing-masing, namun tiada lagi perasaan takut.
ZUBAIDAH: Teruja seolah menyambut cucu pertama.
 
Bagaimana kehadiran mereka merubah hidup anda?
SHAHIRAH: Seperti dengan anak-anak yang lain, terutama kakak mereka, Alisya Tahir, yang kini 16 tahun, life totally changed. The kids always come first.
ZUBAIDAH: Hidup jadi riuh rendah sedikit.
 
Tabiat mereka yang paling membuatkan anda geram?
SHAHIRAH: Airra suka ketuk pintu dengan kuat untuk masa yang lama hingga ia dibuka. Auddra pula suka menconteng, sama ada di dinding, lantai malahan badannya sendiri.
ZUBAIDAH: Airra susah dipujuk bila sudah mula menangis. Auddra pula bagai klon ibu saudaranya, Sharifah Sakinah – talkative, sukakan perhatian, dan suka bergambar hingga memaksa neneknya, Maria Arshad, yang dipanggilnya Nanny, untuk memuat naik gambar-gambarnya di Instagram.
 
Harapan untuk mereka bila dewasa kelak?
SHAHIRAH: Semoga berperibadi mulia dan tidak lupakan jasa ibu bapa. Saya berharap mereka akan bergaul dengan orang-orang yang positif dan berbaik dengan semua insan.
ZUBAIDAH: Tiada paksaan dalam bidang karier mereka, asalkan ia diusahakan sehingga berjaya.
 
Sifat mereka yang paling membanggakan?
SHAHIRAH: Airra sangat tech-savvy, dan apa yang diconteng-conteng Auddra itu juga sebenarnya menjadi kebanggaan saya.
ZUBAIDAH: Kagum dengan sikap Airra yang rajin belajar dan akan membuat kerja sekolah tanpa disuruh. Airra pula mewakili bakat ibu dan ibu saudaranya, suka menyanyi dan menghiburkan orang, dan sangat bertenaga. Semasa penggambaran iklan dengan ibunya, dia bertahan dan masih ceria pada jam satu pagi!
 
Perkara menarik tentang mereka…
SHAHIRAH: Mereka tidak sedar yang ibu bapa mereka merupakan selebriti dan tidak faham mengapa ramai orang yang tidak dikenali mahu bergambar bersama kami. Untuk menerangkan kepada mereka, saya terpaksa menyamakan diri saya seperti Spiderman, untuk menjelaskan konsep selebriti.
 
Bayangkan bila mereka besar nanti…
SHAHIRAH: Auddra saling tidak tumpah seperti Sakinah, jadi mungkin akan ceburi bidang yang sama seperti kami. Airra pula mungkin menjadi seorang saintis kerana nampak minatnya di sana. Dia seperti ayahnya, Ijoy.
 
 

See also
4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023