GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Nasir - Glam Malaysia
GLAM Junior Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Nasir

GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung Afifah Nasir

Made with love, blessed by Allah… ucapan kasih saat menyambut putera sulong, Syed Armand Mateen. Afifah Nasir dan Syed Hariz kini bergelar ibu dan bapa dengan hati yang dipenuhi kebahagiaan yang tak terhingga.

Menimang cahaya mata pertama ini membibit satu perasaan yang tidak dapat diungkap keterujaannya. Setiap detik berlalu, dihitung dengan penuh sabar menanti ketibaan si kecil tersayang. Kini, senyuman manis dan tangisan pertama Syed Armand Mateen telah mengubah dunia mereka menjadi istana cinta yang sempurna. Tahniah buat pasangan selebriti Afifah Nasir dan Syed Hariz, yang kini telah selamat dikurniakan anugerah terindah sebagai ibu dan bapa.

Afifah Nasir

Beruntung sekali Afifah Nasir kerana diperjodohkan bersama pasangan yang sangat menyayanginya dari hari pertama perkenalan mereka. Pasangan sejoli ini selamat diijabkabulkan pada 5 Mei 2024 dan pada awal Mei 2025, setelah sebulan dia menyorok berita gembira ini, akhirnya dia membuat kejutan dengan mengumumkan dirinya berbadan dua. Detik pengumuman itu menjadi momen yang tak terlupakan, penuh dengan air mata kegembiraan dan pelukan erat yang menyampaikan seribu kata cinta. Seingat GLAM, trend pregnancy announcement yang dilakukan oleh Afifah Nasir juga menjadi ikutan ramai buat ibu moden yang turut sama membuat pengumuman sepertinya!

Kredit Gambar: Instagram Afifah Nasir

“Marry a man who wants to be a husband and a father, not just someone who wants a wife and a baby,” hantaran kata manis Afifah kepada suaminya yang menggambarkan betapa beruntungnya dia. Dia menceritakan pengalamannya sepanjang mengandung 9 bulan, perjalanannya sangat dipermudahkan sejak dari saat mereka mengetahui berita kehamilan hingga ke hari ini, Hariz bergelar seorang bapa yang penuh kasih sayang.

“Marry a man who wants to be a husband and a father, not just someone who wants a wife and a baby,“- Afifah Nasir

Menurut kenyataan Afifah, Hariz sangat teruja dari segala hal, lebih teruja berbanding dirinya terutama sekali apabila ingin mengetahui jantina bayi sehingga mereka membuat ujian NIPT (Noninvasive Prenatal Testing) seawal 3 bulan. Kegembiraan di wajah Hariz ketika mengetahui mereka akan dikurniakan seorang putera sungguh mengharukan dan menjadi memori indah yang akan dikenang selamanya. Sepanjang dirinya mengandung, suaminya tidak akan membiarkan dirinya untuk melakukan pekerjaan yang berat-berat terutama melibatkan kerja rumah.

See also
GLAM OKTOBER 2017

Kata Afifah, suaminya POLIS MAKANAN kerana dia akan memastikan dirinya sentiasa sihat dan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna. Dia akan pulang dengan beg-beg buah-buahan dan snek sihat untuk dirinya setiap kali! Kasih sayang yang ditunjukkan melalui perbuatan kecil ini membuktikan betapa Hariz sudah bersedia menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. “Saya bertuah dan bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang luar biasa,” ujar Afifah dengan penuh syukur.

Kredit Gambar: Instagram Story Afifah Nasir

Kini, dengan kehadiran Syed Armand Mateen, rumah mereka dipenuhi dengan gelak tawa kecil dan kehangatan yang tak ternilai. Setiap senyuman mungilnya adalah hadiah terindah yang pernah mereka terima. Adanya Syed Hariz di sisi Afifah Nasir dan Syed Armand Mateen pasti membibit momen terindah buat keluarga kecil ini melayari bahtera baru sebagai satu keluarga yang utuh dan bahagia.

Afifah Nasir

Team GLAM ingin mengucapkan tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz selamat bergelar ibu dan bapa. Semoga Syed Armand Mateen membesar menjadi anak yang soleh, sihat dan menjadi kebanggaan keluarga. Satu babak baru cinta dan pengembaraan bermula hari ini! Hargailah setiap saat kalian bersama Syed Armand Mateen kerana masa itu mencemburui kita, dan setiap detik bersama si kecil adalah anugerah yang tak ternilai harganya.

See also
Legasi Tradisi Songket

Artikel berkaitan GLAM JUNIOR: Tyara Penyeri Hidup Tyra Kamaruzzaman & Emran

Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selama 14 tahun. Perjalanan dari dunia fesyen ke kecantikan membuatkan dia mahir memimpin platform digital dan cetak. “Percayalah rendam wajah dalam ais, buat kulit instant GLOW!”

Pengarah Kecantikan